syaz ft 2025 09 04T122049.602

Pegawai polis yang didakwa menggilis Affan Kurniawan yang merupakan pemandu ojek online (ojol) menggunakan kenderaan taktikal dipecat.

Difahamkan, Komisioner Polis (Kompol) Cosmas Kaju Gae menangis ketika panel hakim dari Suruhanjaya Kod Etika Profesional Kepolisian Negara Republik Indonesia (KKEP) membacakan putusan pemberhentian tanpa hormat (PTDH) hari ini.

Artikel berkaitan: Saksi Kongsi Pengalaman Tragedi Polis Rempuh Affan Kurniawan Di Jakarta

Artikel berkaitan: Rakyat Indonesia Berang, Polis Guna Kenderaan Taktikal G*lis Penunggang ‘Ojol’

@jawaposofficial

Komandan Batalyon C Resimen IV Pasukan Pelopor Korps Brimob Polda Metro Jaya Kompol Cosmas Kaju Gae diputus melanggar kode etik berat. Dalam sidang Kode Etik Profesi Polri (KEPP) Rabu malam (3/9), Cosmos mendengarkan putusan sidang yang dia jalani. Dia kena sanksi Pemberhentian Dengan Tidak Hormat (PTDH) atau dipecat dari dinas kepolisian. ”Pemberhentian Dengan Tidak Hormat atau PTDH sebagai anggota Polri. Demikian putusan sidang KEPP ini,” ungkap ketua sidang. Mendengar putusan tersebut, Cosmos hanya terdiam. Saat diberikan kesempatan untuk merespons putusan itu, dia menatap langit-langit ruang sidang. Sambil menahan tangis, dia kemudian berkata bahwa seluruh insiden tragis yang menyebabkan driver ojek online (ojol) Affa Kurniawan meninggal dunia pada Kamis pekan lalu (28/8), sama sekali tidak pernah terlintas dalam benaknya. Baca selengkapnya di www.jawapos.com #affankurniawan #brimob

♬ original sound – Jawa Pos Official – Jawa Pos Official

Cosmas yang merupakan satu-satunya pegawai berpangkat pertengahan berada di dalam kenderaan terbabit mengakui hanya mengetahui insiden itu setelah tiba di markas polis.

Menurut Pesuruhjaya Kompolnas, Mohammad Choirul Anam, perkara itu dimaklumkan kepadanya oleh rakan setugas serta menerusi media sosial.

Dalam pada itu, Cosmas yang sebak, turut menyampaikan permohonan maaf serta ucapan takziah kepada keluarga mangsa. Difahamkan, beliau mengulangi permohonan maaf itu sebanyak dua kali semasa prosiding berlangsung.

Dalam prosiding itu, Cosmas hadir dengan berpakaian rasmi harian (PDH) polis serta beret biru Briged Mobil. Beliau duduk bersebelahan pemandu, Bripka Rohmat yang memandu kenderaan tersebut ketika tragedi berlaku.

Sumber: Netral News

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.