Pempengaruh & Suami Berdepan Saman RM5 Juta Sebab Fitnah Fattah Amin Curang

12 hours ago 7

Pelakon dan penyanyi Fattah Amin memfailkan saman dan menuntut ganti rugi sebanyak RM 5 juta terhadap pempengaruh media sosial dan suami kerana mengeluarkan kenyataan yang didakwa memfitnah. Difahamkan mereka mendakwa bahawa Fattah curang semasa masih menjadi suami kepada pelakon, Fazura.

Memetik laporan Sinar Harian, tuntutan tersebut difailkan pada 26 Ogos lalu. Fattah, 35, mendakwa bahawa Nuraien Adilla Hasha Akhbar dan suami, Mohd Hafizzuddin Hamri selaku defendan pertama dan kedua telah menerbitkan kenyataan berbaur fitnah menerusi platform Threads pada 29 Julai dan 22 Ogos lalu.

Artikel berkaitan : “Ia hanya spekulasi peminat” – Tular Desas Desus Bakal Berkahwin Pada 25 Mei, Ini Respon Fattah Amin

Artikel berkaitan : “engah bincang nak pergi Disneyland” -Tular Dakwaan Ibu Kritik Anak Tak Comel, Fattah Amin Muat Naik Video Fatima & Nenda

Buat fitnah curang jadi punca cerai dengan Fazura

Jelasnya, kenyataan sebegitu telah mengundang reaksi negatif orang awam kerana membawa maksud yang dia telah curang dengan bekas isterinya yang membawa kepada punca cerai.

Menurut dokumen pernyataan tersebut, kedua-dua defendan yang berusia 29 tahun itu telah membuat dakwaan fitnah kemudian ditonton, dikongsi dan disebarkan dengan meluas pihak ketiga antara beberapa portal hiburan.

Screenshot 2025 09 04 162502

“Akibat tindakan mereka, saya mengalami gangguan emosi, penghinaan serta pengaiban secara umum selain ia telah mencemarkan nama baik saya.”

Berikutan itu, plaintif telah memohon kedua-dua defendan untuk membuat kenyataan maaf yang tidak bersyarat secara bertulis di akaun media sosial milik mereka.

Dalam pada itu, pihak Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini telah memerintahkan dua defendan tersebut untuk menurunkan semua hantaran yang menuduh Fattah Amin curang.

Peguam, Mohd Faiz Iskandar Hamzah yang mewakili Fattah berkata, Hakim, Datuk Anand Ponnudurai memutuskan demikian selepas membenarkan permohonan secara ex-parte atau sebelah pihak plaintif.

fattah amin 3

Menurutnya, pihak mahkamah memberikan perintah injuksi ad-interim supaya dua defendan menurunkan semua hantaran didakwa fitnah di media sosial.

“Mahkamah membenarkan permohonan ex-parte dan memberikan perintah ad-interim untuk dua defendan menurunkan semua hantaran berkenaan,” katanya selepas prosiding secara dalam kamar.

Dalam prosiding berkenaan, pemilik nama sebenar Abdul Fattah Mohd Amin tidak hadir ke mahkamah dan hanya diwakili peguam.

Sumber: Sinar Harian

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Read Entire Article
Panutan Hidup | | | |