Tular sebuah video di media sosial semalam memaparkan sebuah van jenazah terlibat dalam kemalangan merempuh sebuah lori.
Rupa-rupanya kejadian itu melibatkan satu jenayah yang dilakukan oleh seorang lelaki yang telah ditahan selepas disyaki mencuri sebuah van jenazah milik sebuah surau, sebelum kenderaan itu terbabit dalam kemalangan dengan sebuah lori di Lebuhraya Skudai, awal pagi Khamis.
Menurut Sinar Harian, Ketua Polis Daerah Kulai, Asisten Komisioner Tan Seng Lee berkata, pihaknya menerima maklumat berhubung nahas itu kira-kira jam 2.30 pagi.
Hasil siasatan mendapati van jenazah jenis Toyota Hiace itu milik Surau Nurul Haq, Jalan Besar, Kampung Sungai Sayong dicuri antara jam 12.01 tengah malam hingga 2 pagi.
“Bertindak atas maklumat, anggota polis ke lokasi kejadian dan menahan seorang lelaki tempatan berusia 21 tahun serta merampas van berkenaan,” katanya.
Artikel berkaitan: Wanita Ma*t Dalam Kemalangan, Suami & Anak Meraung Lihat Jasad Ibu Dig*lis Treler
Artikel berkaitan: Lori Buat Pusingan U Secara Haram, 3 Terkorban Dalam Kemalangan Tragis
Dalam video rakaman dashcam yang tular, dapat dilihat van jenazah itu memecut laju merentasi lebuhraya sebelum merempuh sebuah lori di hadapan. Bahagian hadapan lori itu juga dilihat remuk akibat daripada perlanggaran terbabit.
Susulan insiden itu, seorang lelaki tempatan berusia 50 tahun yang juga AJK surau terbabit tampil membuat laporan polis pada jam 8.10 pagi.
Pengadu telah didatangi dua anggota Balai Polis Air Bemban pada jam 4.30 pagi memaklumkan van jenazah milik surau terbabit disyaki dicuri dan terbabit dalam kemalangan dengan sebuah lori,” katanya.
Menurut laporan, suspek cedera di muka dan kaki akibat nahas berkenaan mempunyai 14 rekod lampau berkaitan jenayah.
Difahamkan, tiga rakan sejenayah suspek yang masih bebas sedang giat dikesan dan polis sedang menyiasat pembabitan suspek dalam kes lain di daerah ini serta kawasan berhampiran.
Kes ini disiasat mengikut Seksyen 379A Kanun Keseksaan.
Sumber: Sinar Harian, Facebook