Seorang guru dan juga merupakan warden asrama untuk sebuah pengajian al-Quran di Jempol, Seremban mengaku bersalah atas tuduhan melakukan pertuduhan liwat dan satu pertuduhan amang seksual terhadap pelajarnya, suspek membuat pengakuan itu sambil menangis teresak-esak di Mahkamah Sesyen hari ini.
Tertuduh yang dikenali sebagai Mohd Khairi Fitri Baharom, 38 membuat pengakuan tersebut selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Datin Surita Budin.
Artikel berkaitan : Bobbi Parker: Kisah Isteri Warden Penjara Lari Dengan Banduan, Kena Culik Atau Bersubahat?
Artikel berkaitan : Jijik! Warden Didakwa Liwat Dan Cabul Pelajar Tahfiz Beberapa Kali Sebelum Kantoi Dan Larikan Diri
Mengikut pertuduhan, suspek melakukan kes liwat terhadap 2 dua pelajar yang berumur dalam lingkungan 13 tahun 4 bulan dan 10 tahun 7 bulan. Tertuduh juga melakukan amang seksual terhadap pelajar yang berusia 12 tahun 4 bulan.
Menerusi Harian Metro, perbuatan terkutuk itu dilakukan dari Disember 2023 hingga Januari lalu di pusat pengajian berkenaan yang terletak di Batu Kikir, Jempol.
Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 (Akta 792) dibaca bersama Seksyen 16(1) di mana tertuduh berdepan dengan hukuman maksimum 20 tahun dan sebat.
Bagi kesalahan liwat, pertuduhan itu dibuat mengikut Seksyen 377C Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sekurang-kurangnya 5 tahun dan tidak lebih 20 tahun serta sebatan.
Timbalan Pendakwa Raya, Norazihah Asmuni memohon hukuman setimpal dikenakan sebagai tanda pengajaran dan pengakuan bersalah tertuduh, bukan faktor peringanan hukuman.
“Dalam kes ini tertuduh seorang guru (warden) yang bertanggungjawab menjaga dan pastikan keselamatan kanak-kanak, tetapi tertuduh telah menyalahguna kuasanya dengan melakukan kesalahan seksual.”
“Mohon hukuman setimpal bagi memberi pengajaran terhadap tertuduh dan mahkamah perlu melihat kepentingan awam melebihi daripada kepentingan tertuduh.”
Susulan itu, Surita memerintahkan tertuduh menjalani hukuman penjara selama 6 tahun bermula dari tarikh tangkap serta 2 sebatan dan mengarahkan tertuduh menjalani sesi kaunseling dan pengawasan polis selama setahun selepas tertuduh dibebaskan.
Selain itu, tertuduh juga mengaku tidak bersalah terhadap 6 pertuduhan liwat dan 6 lagi pertuduhan amang seksual terhadap kanak-kanak bawah umur.
Menurut pertuduhan, dia melakukan kesalahan itu terhadap 7 orang kanak-kanak yang berusia dari 8 hingga 12 tahun 9 bulan ketika waktu kejadian.
Memetik laporan sumber, dia melakukan perbuatan tersebut di pusat pengajian berkenaan dan di sebuah rumah yang beralamat di Kampung Rambang Panas, Juasseh, Kuala Pilah dari Mac 2024 hingga Januari lalu.
Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 14(a) dan Seksyen 14(b) Akta 792 serta Seksyen 377C Kanun Keseksaan.
Tiada sebarang jaminan dibenarkan dan sebutan semula bagi lantikan peguam serta serahan dokumen pada 14 Julai.
Sumber : Harian Metro