farhatul fairuzah bergelar ibu

Pendakwah dan johan qariah Tilawah Al-Quran Antarabangsa 2019, Farhatul Fairuzah selamat melahirkan bayi lelaki pada Selasa.

Beliau yang mesra disapa Farha berkongsi berita gembira itu menerusi hantaran di Instagram.

“Alhamdulillah, dengan rasa syukur Farha telah melahirkan anak pertama lelaki pada 9 Rabiulawal 1447H bersamaan 2 September 2025.

“Bertambah seorang umat Rasulullah SAW pada bulan yang mulia Rabiulawal.

“Doakan agar anak ini membesar menjadi anak yang soleh serta taat kepada perintah Allah dan Rasul-Nya.

“Semoga dia menjadi asbab umat mencintai ALLAH dan Rasul. Doakan juga agar Farha dan suami dapat menjaga amanah ini sebaik mungkin. Amin, mudah-mudahan,” kongsinya.

SnapInsta.to 542634618 18532140931019038 4206426551113056070 n

Screenshot 2025 09 03 152114

Pada Disember tahun lalu, Farha bergelar isteri kepada pilihan hatinya, Mohammad Ilham Amri yang merupakan seorang mutawif di sebuah syarikat pelancongan dan umrah terkemuka.

Sekadar info, Farha yang memegang Sarjana Muda Pengajian al-Quran dan al-Sunnah muncul sebagai qariah termuda menjuarai Tilawah al-Quran Peringkat Kebangsaan untuk empat tahun berturut-turut (2014 hingga 2017).

Beliau juga menerima tauliah mengajar bidang al-Quran bagi kategori Kanak-Kanak dan Dewasa dari Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan.

Sumber: Instagram

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.