Apa yang berlaku di Indonesia kini sangat membimbangkan, gelombang demonstrasi berlaku di pelbagai wilayah di Indonesia bermula dengan protes terhadap kenaikan elaun harian, perumahan dan gaji ahli Dewan Perwakilan Rakyat (DPR) yang dihangatkan video anggota dewan itu menari, sekali gus dianggap tidak peka terhadap situasi rakyat.
Rakyat Malaysia ramai yang memberikan sokongan moral menerusi media sosial serta bantuan dari segi makanan, selain itu animasi tempatan juga memberikan kata-kata semangat serta ucapan mendoakan agar Indonesia kembali pulih.
Antara yang menarik perhatian ialah animasi terkenal Malaysia yang juga menempa nama di Indonesia iaitu Upin dan Ipin.
Artikel berkaitan: Polis Indonesia Dakwa Peserta Demonstrasi Diberi Upah Cecah RM51
Artikel berkaitan: “Apa Yang Berlaku Sebenarnya?” – Kronologi Di Sebalik Kejadian Rusuhan Di Indonesia
“Semoga teman-teman di Indonesia selamat dan aman. Mari kita doakan agar Indonesia segera pulih,” tulis hantaran tersebut.
Selain itu, animasi popular Papa Zola juga memberikan ucapan kepada rakyat Indonesia selain meminta agar orang ramai mendoakan negara tersebut.
Dalam pada itu, satu lagi animasi yang mendoakan agar Indonesia kembali sejahtera ialah animasi popular Boboiboy.