Wanita Hampir Muflis, Terima Bil Elektrik Lebih RM130,000

23 hours ago 6

Seorang wanita berusia 70 tahun di United Kingdom hampir muflis selepas dikenakan bil elektrik luar biasa tinggi berjumlah £24,000 (bersamaan kira-kira RM137,724) untuk hartanah yang disewakannya sebagai rumah percutian.

Lin Lawler, pemilik Rumah Ladang Grange di Hainford, Norfolk, telah menyewakan rumah lima bilik tidur bersama bangunan tambahan berhampiran sebagai tempat penginapan selama lebih 100 hari setahun. Namun, walaupun penggunaannya terhad, pembekal tenaga SmartestEnergy mengeluarkan bil tahunan yang amat mengejutkan, berserta ancaman memutuskan bekalan elektrik sekiranya Lawler tidak membayar £2,022 (bersamaan kira-kira RM11,603) setiap minggu.

Screenshot 2025 06 22 at 11.27.57 AM

Memetik laporan Harian Metro, kediamannya yang turut mempunyai kolam koi dan terletak di atas tanah seluas hampir 20 hektar itu biasanya disewa pada kadar £2,195 (bersamaan kira-kira RM12,596) untuk tujuh malam. Namun sejak beberapa bulan lalu, dia mula menerima bil bulanan bernilai ribuan pound secara konsisten.

Kemuncaknya pada Februari lalu, bil utilitinya melonjak ke £3,217 (bersamaan kira-kira RM18,461) hanya untuk sebulan. Lawler membuat aduan berulang kali, tetapi tidak mendapat penjelasan yang memuaskan daripada pihak syarikat.

Lawler kemudian mendapati, masalah berpunca daripada meter elektrik pintarnya yang gagal berfungsi dan tidak dapat dihantar bacaan sebenar ke pusat kawalan syarikat. Seorang jurutera yang datang memeriksa meter itu pada Oktober lalu mengakui bahawa bacaan pada meter tersebut tidak masuk akal dan “seperti bacaan sebuah kilang”, sedangkan dia sepatutnya hanya perlu membayar sekitar £200 (RM1,148) sebulan.

Screenshot 2025 06 22 at 11.26.03 AM

Meter itu akhirnya ditukar pada bulan Mac, dan serta-merta bil bulanan Lawler menjunam, daripada £1,675 tahun lalu kepada hanya £183 pada Mei tahun ini.

Namun begitu, SmartestEnergy masih menuntut Lawler menjelaskan tunggakan penuh sebanyak £24,000 dan membatalkan kontrak baharunya yang jauh lebih murah. Mereka juga telah memasang meter pra-bayar di hartanah tersebut.

Lawler kini dalam kebimbangan besar kerana sekiranya bekalan elektrik ke rumah sewanya dipotong, dia bakal kehilangan semua tempahan, pendapatan dan sumber sara hidup.

Baca: Sepanyol & Portugal Alami Gangguan Bekalan Elektrik Teruk, Tren & Liputan Telefon Terhenti

Screenshot 2025 06 22 at 11.29.05 AM

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Read Entire Article
Panutan Hidup | | | |