rakyat qatar panik iran serang us base

Malam semalam, Iran mengumumkan pihaknya melancarkan serangan peluru berpandu ke atas sebuah pangkalan tentera Amerika Syarikat (AS) di Qatar sebagai tindak balas terhadap serangan udara AS ke atas kemudahan nuklear utama negara itu.

Menurut Majlis Keselamatan Negara Iran, mereka mengesahkan pangkalan itu menjadi sasaran tindak balas terhadap tindakan agresif dan biadap AS terhadap tapak nuklear Iran.

Iran menyatakan jumlah peluru berpandu yang dilancarkan adalah setara dengan bilangan bom yang digunakan AS, menandakan tindak balas yang dikira seimbang.

Artikel berkaitan: Perang Israel-Iran: Parlimen Iran Lulus Langkah Tutup Selat Hormuz

Artikel berkaitan: Trump Sifatkan Serangan AS Kepada 3 Tapak Nuklear Iran Sebagai ‘Sangat Berjaya’

Letupan kedengaran, rakyat Qatar panik 

Dalam pada itu, beberapa letupan kedengaran di ibu negara Qatar iaitu Doha dan menurut saksi agensi media Reuters, kejadian tersebut berlaku tidak lama selepas seorang diplomat Barat menyatakan bahawa terdapat ancaman dipercayai dari Iran terhadap pangkalan udara al-Udeid yang dikendalikan AS di negara Teluk Arab sejak tengah hari.

BREAKING: As Iran reportedly has fired 6 missiles at a US bases in Qatar, and another missile at a base in Iraq, this is the scene reportedly over Qatar, where air defenses try and shoot down some of the missiles. pic.twitter.com/rlmLhYZQPN

— Ed Krassenstein (@EdKrassen) June 23, 2025

Qatar kemudian difahamkan mengumumkan bahawa pihaknya telah menutup ruang udara buat sementara waktu bagi memastikan keselamatan penduduk dan pelawat.

Di media sosial juga tular rakaman video memaparkan warga Qatar panik dan lari bertempiaran di dalam mall sebaik mendengar bunyi letupan.

Terdahulu, kedutaan AS di Qatar ada menasihatkan rakyatnya untuk berlindung di tempat masing-masing sebagai langkah berjaga-jaga yang ‘amat berhati-hati’.

Menurut laporan Axios yang memetik seorang pegawai Israel, Iran dikatakan telah melancar enam peluru berpandu ke arah pangkalan tentera AS di Qatar.

Sumber: TikTok, Berita Harian

Sumber: X

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.