4gym

Seorang jurulatih gimnasium berusia 42 tahun telah ditahan polis selepas disyaki mengugut seorang ahli perniagaan wanita dengan ancaman untuk menyimbah asid di sebuah pusat kecergasan di Taman Melawati, bulan lalu.

Memetik laporan Buletin TV3, Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohd Azam Ismail memaklumkan bahawa insiden berlaku pada 22 April lalu kira-kira jam 2 petang ketika mangsa, seorang wanita berusia 31 tahun, sedang berehat di gim berkenaan sebelum didatangi suspek yang menegurnya dan mengeluarkan ugutan.

Screenshot 2025 05 10 at 1.42.28 PMGambar Hiasan

Suspek memberi amaran kepada mangsa agar tidak bersikap sombong jika tidak mahu disimbah asid, menyebabkan wanita itu merasa bimbang dan tampil membuat laporan polis.

Susulan laporan, suspek ditahan pada 7 Mei lalu di perkarangan IPD Ampang Jaya dan hasil ujian saringan air kencing mendapati lelaki terbabit positif dadah jenis amphetamine, methamphetamine dan THC.

Walaupun tidak mempunyai rekod jenayah lampau, suspek telah direman selama tiga hari bagi membantu siasatan. Kertas siasatan telah dirujuk ke Jabatan Peguam Negara dan suspek kini didakwa di bawah Seksyen 14 Akta Kesalahan-Kesalahan Kecil 1955.

Screenshot 2025 05 10 at 1.42.16 PMGambar Hiasan

Mahkamah Majistret Ampang Jaya membenarkan jaminan sebanyak RM300 dengan seorang penjamin selepas suspek mengaku bersalah. Sebutan semula kes ditetapkan pada 22 Julai.

Baca: “Buat masa ini memang tak ada” – Kes Simbah Asid Faisal Halim Masih Misteri

Screenshot 2025 05 10 at 1.40.18 PM

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.