syaz ft 2025 06 23T102036.051

Hujung minggu lalu, tular sebuah video memaparkan sekumpulan pelajar perempuan dilihat mengepung seorang lagi pelajar perempuan, mereka menengking pelajar malang itu kemudian bertindak menamparnya.

Video berkenaan tular di media sosial sehingga sampai ke pengetahuan pihak polis, difahamkan sekolah menengah itu terletak di Klang, Selangor.

Artikel berkaitan: Tular Kes Pelajar Didakwa Dibuli Hingga Masuk Hospital, JPNT Dakwa Ia Hanya Salah Faham

Artikel berkaitan: “Saya salah atau dibuli?” – Tayar Terkeluar Sedikit Dari Kotak Parkir, Wanita Terkejut Kereta Kena ‘Clamp’

Kaki buli…. pic.twitter.com/4bA8sohPsC

— MYNEWSHUB (@mynewshub) June 22, 2025

Menurut laporan Kosmo!, difahamkan Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner S. Vijaya Rao berkata, rakaman video itu memaparkan insiden pergaduhan melibatkan pelajar sekolah yang sama.

“Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan iaitu dengan sengaja menyebabkan kecederaan yang membawa hukuman penjara maksimum setahun atau denda sehingga RM2,000 atau kedua-duanya,” katanya.

Beliau berkata, pihaknya memandang serius perlakuan buli, apatah lagi melibatkan pelajar sekolah. Tindakan tegas akan diambil bagi memastikan keselamatan dan ketenteraman awam terus terpelihara.

Dalam pada itu, orang ramai yang mempunyai maklumat diminta menghubungi Pegawai Penyiasat, Inspektor Mohamad Izroy Kamarulzaman di talian 014-818 3519 atau balai polis berdekatan bagi membantu siasatan.

Sumber: Kosmo!, X

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.