2gom

Kerajaan Mexico telah memfailkan saman terhadap Google selepas syarikat teknologi itu didapati menukar nama ‘Gulf of Mexico’ kepada ‘Gulf of America’ dalam paparan peta digital untuk pengguna di Amerika Syarikat (AS).

Memetik laporan Astro Awani, Presiden Mexico, Claudia Sheinbaum, mengesahkan tindakan undang-undang itu dalam sidang media Jumaat lalu, dengan menyatakan bahawa perubahan ini berlaku selepas Presiden AS, Donald Trump, menandatangani arahan eksekutif bagi menetapkan penggunaan nama baharu dalam semua dokumen dan peta rasmi AS.

Screenshot 2025 05 10 at 11.47.07 AM

Mexico menegaskan bahawa perubahan nama ini tidak wajar digunakan secara menyeluruh kerana Teluk Mexico turut melibatkan wilayah perairan Mexico dan Cuba, bukan hanya AS. Tuntutan mahkamah itu bertujuan menuntut agar Google hanya menggunakan nama ‘Gulf of America’ untuk bahagian yang berada dalam perairan AS sahaja, manakala bahagian lain kekal dengan nama asal.

Langkah Google itu mencetuskan ketegangan diplomatik, selepas Mexico mendakwa sudah menghantar surat rasmi memohon syarikat itu mengembalikan nama asal tetapi tidak mendapat maklum balas memuaskan.

Google mempertahankan tindakannya dengan menjelaskan bahawa perubahan itu selaras dengan dasar pemetaan global yang mengikut kemas kini rasmi kerajaan. Menurut syarikat itu, paparan peta berbeza mengikut lokasi pengguna dimana pengguna di AS akan melihat ‘Gulf of America’ manakala pengguna di Mexico akan melihat ‘Gulf of Mexico’, dan pengguna di negara lain akan melihat kedua-dua nama sekali.

Screenshot 2025 05 10 at 11.47.38 AM

Setakat ini, rang undang-undang untuk mengesahkan penukaran nama tersebut telah diluluskan oleh Dewan Perwakilan AS dan kini menunggu keputusan Senat. Sementara itu, Mexico masih menunggu keputusan mahkamah, yang dijangka memberi kesan besar terhadap cara syarikat teknologi antarabangsa mengurus perubahan nama geografi pada masa depan.

Baca: Pentadbiran Trump Nama Semula Teluk Mexico, Kini Dikenali Sebagai Teluk Amerika

Screenshot 2025 05 10 at 11.53.09 AM

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.