Bekas penyampai radio tersohor, Linda Onn meluahkan rasa terharu apabila ramai yang merindui suaranya di corong radio. Perkara itu dikongsikan menerusi Instagram miliknya semalam dan membuatkan dirinya terasa seperti mahu kembali ke studio.
Ianya bermula apabila Linda Onn ada kongsikan satu kenyataan yang mendakwa pelawak tidak patut jadi penyampai radio dan mengimbau zaman-zaman kegemilangan penyampai radio sebelum ini.
Artikel berkaitan : Astro Rehatkan Nabil Ahmad, Azad Jasmin & Radin Susulan Isu Tular Rakaman Video
Artikel berkaitan : Didakwa Buat Aksi Tidak Sopan & Persenda Masyarakat Hindu, Penyampai Era FM Mohon Maaf
“Sebab tu lah pelawak tak perlu jadi DJ Radio. Kalau zaman dulu DJ Radio ada class dia tersendiri..”
Antara nama-nama yang dipetik adalah Abby Fana, Isma Alil, Andy Hakim, Halim Othman, Kudsia Kahar dan ramai lagi termasuklah dirinya dan ia membuatkan Linda Onn rasa terharu kerana masih ada lagi orang mengingati dirinya.
Dakwa Linda lagi, sejak malam tadi ramai orang menyebut namanya dan ia membuatkan Linda Onn mula ada terasa seperti ingin kembali ke udara.
Menjengah ke ruangan komen, ramai netizen yang menyokong dan bersetuju seandainya Linda ingin ke udara semula kerana ramai merindui gandingannya bersama Halim Othman.
Sejak semalam, timbul satu isu apabila ada penyampai daripada stesen radio terkemuka dikecam kerana dianggap mempersendakan agama Hindu.
Susulan itu, ketiga-tiga penyampai radio tersebut telah tampil memohon maaf dan pihak pengurusan telah merehatkan mereka serta-merta.
Sumber : Instagram