7iran 1

Iran membuka semula ruang udara di kawasan tengah dan barat negara itu kepada penerbangan transit antarabangsa pada Sabtu, selepas hampir dua minggu ditutup susulan ketegangan serangan udara dengan Israel.

Memetik laporan Harian Metro, pengumuman tersebut dibuat oleh Kementerian Jalan dan Pembangunan Bandar Iran, yang menjelaskan bahawa keputusan itu diambil selepas penilaian keselamatan dan sekuriti diselesaikan bersama Pertubuhan Penerbangan Awam (CAO) Iran.

Screenshot 2025 06 29 at 11.17.41 AM

Jurucakap kementerian, Majid Akhavan berkata pembukaan semula ini terpakai bagi laluan penerbangan yang melalui ruang udara berkenaan, namun tidak melibatkan sebarang pendaratan atau pelepasan pesawat dari lapangan terbang di kawasan utara, selatan dan barat Iran.

Sementara itu, CAO dalam kenyataan berasingan memaklumkan bahawa sekatan penerbangan di wilayah tertentu masih berkuat kuasa sehingga jam 2 petang waktu tempatan (10.30 pagi GMT) pada Ahad.

Iran sebelum ini menutup ruang udaranya pada 13 Jun sebagai langkah keselamatan berikutan serangan Israel ke atas Tehran dan beberapa lokasi lain. Selepas konflik udara yang berlarutan selama hampir dua minggu, kedua-dua pihak mencapai kesepakatan untuk gencatan senjata pada Selasa lalu.

Baca: “Tengah beratur nak check in dapat surat” – Puluhan Jemaah Umrah Terkandas Susulan Negara Arab Tutup Ruang Udara

Screenshot 2025 06 29 at 11.17.04 AM

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.