syaz ft 2025 06 23T112415.790

Keadaan di Asia Barat di antara Palestin dan Israel masih tegang, setakat ini masih belum jelas kedamaian antara dua negara itu.

Terbaru, tengah malam kelmarin, tentera Israel menyerbu dewan lama di Al-Aqsa iaitu kawasan bawah tanah di bawah Masjid Qibli.

Artikel berkaitan: Perang Israel-Iran: Parlimen Iran Lulus Langkah Tutup Selat Hormuz

Artikel berkaitan: Perancis Tekad Iktiraf Palestin Sebagai Negara Berdaulat

Tentera Israel menahan empat pengawal di Masjid Al-Aqsa semasa serbuan itu, pihak berkuasa Baitulmuqaddis yang bergabung dengan Pihak Berkuasa Palestin berkata, mereka yang ditahan dikenal pasti sebagai Mohammad Arbash, Ramzi Al-Zaanin, Basem Abu Juma dan Iyad Odeh.

serbu al aqsa

Beberapa pengawal lain dan seorang anggota bomba yang berada di pekarangan itu turut disoal siasat di lokasi kejadian oleh warga Israel.

Dalam serbuan itu, tentera zionis dikatakan merosakkan kemudahan itu selepas memecah masuk ke dalam kabinet penyimpanan selain menggeledah premis tersebut

Kata pihak berkuasa, tindakan terbaharu itu adalah sebahagian daripada usaha untuk menegaskan kawalan ke atas pentadbiran masjid dan melemahkan kuasa Jabatan Wakaf Islam di Baitulmuqaddis.

Selepas kurang seminggu ditutup sepenuhnya di bawah keadaan darurat yang dikaitkan dengan perang Iran, Masjid Al-Aqsa dibuka semula oleh pihak berkuasa Israel.

Sumber: Kosmo!

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.