tekanan belajar tikam ibu guru dan abang sulung di melaka

Pagi tadi media melaporkan mengenai satu kejadian tragis yang berlaku di Taman Rambai Mutiara, Bukit Rambai, Melaka, seorang guru wanita dan anak sulungnya ditemui meninggal dunia di rumah dipercayai dibunuh.

Suspek calon SPM ditahan

Dalam perkembangan baharu, polis telah menahan seorang pelajar Tingkatan 5 kerana disyaki membunuh ibu dan abang sulungnya.

Menurut laporan, kejadian berlaku kira-kira pukul 5 pagi, mangsa merupakan ibu tunggal berusia 51 tahun dan anak lelaki berusia 21 tahun ditemui di ruang tamu rumah dengan beberapa kesan tikaman.

Artikel berkaitan: Guru & Anak Sulung Ditemukan Meninggal Dunia, Dipercayai Dib*nuh

Manakala, seorang lagi mangsa iaitu adik bongsu suspek berusia 13 tahun ditemui dalam keadaan berlumuran darah di garaj rumah teres itu.

“Mangsa wanita merupakan seorang guru Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) dan mempunyai tiga orang anak yang mana suspek merupakan anak keduanya.

“Anak sulungnya yang turut terbunuh dalam kejadian ini merupakan pelajar sebuah kolej di Melaka dan anak bongsunya yang cedera dan kini dirawat di Hospital Melaka,” kata Ketua Polis Melaka Datuk Dzulkhairi Mukhtar.

506049778 1201293792038724 6494608548090044034 n

Suspek tertekan belajar & sering dimarahi

Siasatan awal mendapati mendapati motif kejadian dipercayai akibat tekanan perasaan dan dendam dialami suspek yang merupakan anak kedua kerana sering dipaksa belajar untuk mendapatkan keputusan cemerlang.

“Mungkin ibunya seorang guru dan dia nak anaknya dapat keputusan yang terbaik kerana suspek ini akan mengambil SPM pada tahun ini.

“Jadi dia mungkin selalu dimarahi supaya untuk belajar lebih tekun lagi dan jiran-jiran juga maklumkan sering dengar pergaduhan di rumah itu,” ujarnya.

Dalam kejadian terbabit, polis memaklumkan suspek dipercayai cuba menyerang ibunya yang berada di dalam bilik tidur sebelum abang mangsa cuba menyelamatkan ibu mereka.

505916108 1201293095372127 8916605635941270610 n

Pergelutan yang berlaku menyebabkan kedua-dua mereka maut ditikam manakala suspek dikatakan telah mengarahkan adik bongsunya keluar daripada rumah, namun remaja itu enggan berbuat demikian sebelum dia turut ditikam.

Adiknya sempat melarikan diri keluar dari rumah dalam keadaan berlumuran darah sebelum berjaya diselamatkan.

Menurut Dzulkhairi, suspek juga cuba menghapuskan barang bukti iaitu pakaian yang dipakai dengan membuangnya ke semak berhampiran.

Polis turut menemui pisau lipat yang dipercayai digunakan suspek berada dalam beg sekolahnya di garaj rumah.

Kes disiasat dibawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan suspek akan dibawa ke Mahkamah Ayer Keroh esok untuk mendapatkan permohonan reman.

Sumber: Astro Awani