1ketam

Satu spesies baharu ketam air tawar yang digelar sebagai “vampire crab” telah ditemui di Gunung Jerai, Kedah, sekali gus menambah kepada senarai hidupan liar tanah tinggi endemik di Malaysia.

Screenshot 2025 05 10 at 11.34.32 AM

Memetik laporan New Straits Times, spesies tersebut, dinamakan secara saintifik sebagai Geosesarma bunian, tergolong dalam genus ketam daratan berwarna terang yang sering dirujuk sebagai vampire crab kerana mata mereka yang bersinar dan warna gelap. Berbeza daripada ketam biasa, spesies ini hidup sepenuhnya dalam air tawar dan menetas terus dalam bentuk juvenil.

Penemuan spesies ini berlaku di kawasan pada ketinggian melebihi 1,100 meter, dan nama “bunian” diambil sempena makhluk halus dalam cerita rakyat Melayu yang dipercayai menghuni alam hutan tersembunyi. Nama ini dipilih kerana rupa unik ketam tersebut dan hakikat ia tidak dikesan saintis sebelum ini.

Screenshot 2025 05 10 at 11.34.42 AM

Penemuan ini dilakukan oleh sekumpulan tiga penyelidik dari Universiti Nasional Singapura dan Universiti Malaysia Terengganu melalui kerjasama penyelidikan, dan telah diterbitkan dalam Raffles Bulletin of Zoology pada 19 Mac lalu.

Geosesarma bunian mempunyai kaitan rapat dengan spesies lain dalam genusnya, namun dapat dibezakan melalui bentuk organ pembiakan jantan dan corak benjolan unik pada sepitnya. Ketam itu dikesan waktu malam, bersarang dalam lubang tanah sepanjang denai hutan. Salah satu spesimen turut ditemui bertenggek pada pokok renek rendah, menandakan kemungkinan ia juga bersifat separa arboreal.

Screenshot 2025 05 10 at 11.34.57 AM

Beberapa spesimen telah dihantar ke Muzium Sejarah Alam Lee Kong Chian di Singapura untuk kajian dan rujukan lanjut.

Baca: “Kemungkinan ada toksin & cuaca berbahaya” – ‘Pesta Kerang’ Di Pantai Sura Terpaksa Dihentikan

Screenshot 2025 05 10 at 11.33.46 AM

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.