ft faisal halim nfa

Peguam kepada bintang Selangor FC dan skuad kebangsaan Faisal Halim iaitu Nik Zarith Nik Moustpha mennyatakan bahawa kes serangan asid yang terjadi kepadanya ini diklasifikasikan sebagai tiada tindakan lanjut (NFA).

Tambah beliau, ianya dimaklumkan kepada pihaknya menerusi satu surat bertarikh 18 Februari 2025 daripada pihak Jabatan Peguam Negara (AGC).

Artikel berkaitan : Faisal Halim Alami Kecederaan Patah Tulang Hidung, Kongsi Imej X-Ray

Artikel berkaitan : “Berkait ke?” – Ini Kronologi Kes Tiga Pemain Bola Sepak Diserang

“Surat tersebut telah menyatakan bahawa PDRM tidak dapat mengesan sebarang petunjuk yangd apat mengaitkan individu ini sebagai suspek dan segala usaha tidak membuahkan hasil.”

“Ternyata bahawa anak guam kami berasa kecewa dengan hasil keputusan siastan tersebut.”

“Sepanjang tempoh siasatan kes ini, pihak kami mengambil beberapa langkah proaktif bagi memastikan kes ini diberikan perhatian yang sewajarnya.”

Screenshot 2025 05 08 120617

Jelasnya lagi, langkah tersebut termasuklah kerjasama sepenuhnya kepada pegawai penyiasat Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk membantu mereka membuat siasatan menyeluruh berkenaan dengan kes ini.

Pada 5 Mei tahun lalu, digemparkan dengan berita serangan Faisal Halim disimbah asid. Faisal yang apda ketika itu bersmaa isteri, anak dan rakan pada ketika itu baru keluar dari sebuah pusat beli belah di Petaling Jaya.

Screenshot 2025 05 08 120634

Kejadian tersebut dikatakn berlaku beberapa hari selepas pemain pasukan Terengganu FC, Akhyar Rashid disamun berhampiran dengan sebuah kondominium di Kuala Terengganu.

Sumber : Astro Awani, Harian Metro

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.