Seorang wanita meluahkan rasa kecewanya terhadap rawatan yang diterimanya selepas melahirkan anak di sebuah hospital kerajaan.
Dakwa wanita itu, dia mengalami kesan sampingan serius selepas diberikan satu suntikan tanpa kerelaaanya.
Wanita itu juga merupakan seorang asnaf yang tular selepas mengkritik kecekapan sistem bantuan Majlis Agama Islam Wilayag Persekutuan (MAIWP) apabila dia menerima bantuan lampin pakai buang yang tidak menepati permintaannya.
Artikel berkaitan: “Jutawan sepatutnya menderma” – Netizen Pertikai Pasangan Pempengaruh Buat Event Kutip Derma
Artikel berkaitan: “Anak umur 5 hingga 11 tahun” – Tidur Di Kaki Lima, 7 Beranak Hampir Sebulan Jadi Gelandangan
Menurut laporan ipk.tv4, ibu tujuh anak itu mendakwa suntikan tersebut menyebabkan kakinya kebas serta menyukarkan pergerakan termasuk untuk berjalan seperti biasa.
@ipk.tv4Pasangan Suami Isteri Kecewa Dakwa Alami Kesan Sampingan Selepas Dicucuk Ubat di HKL Gombak, 6 Jun 2025 – Puan Puteri Kesatria binti Yahya, meluahkan rasa kecewa terhadap rawatan yang diterimanya selepas melahirkan anak di Hospital Kuala Lumpur (HKL). Menurutnya, beliau mengalami kesan sampingan serius selepas diberikan satu suntikan tanpa kerelaannya di bilik bersalin. Puan Puteri mendakwa suntikan tersebut menyebabkan kakinya kebas serta menyukarkan pergerakan termasuk untuk berjalan seperti biasa. Suaminya, Encik Firdaus, turut melahirkan rasa kesal terhadap kejadian itu dan menuntut penjelasan dari pihak hospital. Puan Puteri yang sebelum ini telah melahirkan enam orang anak, dengan satu keguguran, mendakwa pengalaman kali ini berbeza kerana sebelum ini beliau tidak pernah mengambil suntikan seumpamanya. Menurutnya, semua kelahiran sebelum ini berlangsung secara normal tanpa sebarang komplikasi. “Saya dipaksa cucuk. Katanya untuk elakkan darah beku. Saya takut masa tu, tapi dia paksa juga. Bila dah cucuk, dia terus pergi. Saya tak tahu siapa yang cucuk sebab ramai orang dalam bilik tu,” katanya lagi. Lebih mengecewakan, Puan Puteri mendakwa tiada sebarang rekod suntikan tersebut dicatatkan dalam buku rekod kesihatan ibu (buku pink), menimbulkan kebimbangan terhadap ketelusan prosedur yang dijalankan. “Lepas cucuk tu, kaki saya terus kebas. Tak boleh bergerak. Masa nak pindah ke wad pun saya terpaksa mengesut. Pinggang saya rasa macam nak patah,” katanya sambil menahan sebak. Sementara itu kejadian yang berlaku ke atas Puan Puteri seperti sudah jatuh ditimpa tangga kerana beliau (asnaf) sebelum ini kecewa dengan bantuan daripada Maiwp dan Baitulmal kerana sering gagal menghantar barangan keperluan mengikut jadual yang sepatutnya termasuk bantuan susu dua anak OKUnya. Semoga dengan siaran ini ada insan yang sudi untuk membantu beliau sekeluarga bagi meringankan bebanan mereka sekeluarga. Terima kasih Ipk.tv
♬ original sound – IPK TV – IPK TV
Katanya, pengalaman kali ini berbeza kerana sebelum ini dia tidak pernah mengambil suntikan seumpamanya. Menurutnya, semua kelahiran sebelum ini berlangsung secara normal tanpa sebarang komplikasi.
“Saya dipaksa cucuk. Katanya untuk elakkan darah beku. Saya takut masa tu, tapi dia paksa juga. Bila dah cucuk, dia terus pergi. Saya tak tahu siapa yang cucuk sebab ramai orang dalam bilik tu,” katanya.
Menurutnya lagi, tiada sebarang rekod suntikan tersebut dicatatkan dalam buku rekod kesihatan ibu sekali gus menimbulkan kebimbangan terhadap ketelusan prosedur yang dijalankan.
“Lepas cucuk tu, kaki saya terus kebas. Tak boleh bergerak. Masa nak pindah ke wad pun saya terpaksa mengesot. Pinggang saya rasa macam nak patah,” katanya.
Dalam pada itu, suaminya turut melahirkan rasa kesal terhadap kejadian terbabit dan menuntut penjelasan dari pihak hospital.
MAIWP nafi tuduhan asnaf
Sementara itu, MAIWP menafikan tuduhan wujudnya kartel dalam pembekalan bantuan kendalian mereka seperti yang didakwa.
MAIWP dalam kenyataannya menjelaskan, pemberian bantuan berbentuk barangan dan peralatan perlu melalui proses perolehan tender terbuka yang berkuat kuasa.
Jelasnya, pelbagai jenis bantuan telah disalurkan sejak tahun 2018 kepada keluarga terbabit.