Kerajaan Arab Saudi baru-baru ini mengeluarkan amaran keras kepada Indonesia menjelang musim haji 2026, dengan kemungkinan besar akan memotong kuota jemaah hingga 50 peratus.
Amaran ini dikaitkan dengan kebimbangan serius terhadap tahap kesihatan jemaah haji serta kelemahan dalam pengurusan ibadah haji oleh Indoenesia.
Isu ini dibangkitkan dalam pertemuan rasmi antara Ketua Badan Penyelenggara Haji (BP Haji), Mochamad Irfan Yusuf, dan Timbalan Menteri Haji Arab Saudi di Jeddah, kelmarin.
Menurut Irfan, kuota rasmi jemaah haji Indonesia bagi tahun 2026 belum ditetapkan dan kebiasaannya akan diumumkan selepas musim haji selesai.
Beliau juga turut mengakui proses kali ini lebih rumit susulan perbincangan berkaitan cadangan pemotongan kuota secara besar-besaran.
Kami sedang berunding kerana mulai tahun hadapan, pengurusan haji akan diserahkan sepenuhnya daripada Kementerian Agama kepada BP Haji.
“Kami sedang menawarkan sistem baharu bagi penambahbaikan pengurusan,” jelasnya, lapor Detik.
Artikel berkaitan: Jemaah Haji Dari Togo, Afrika Barat Melahirkan Bayi Ketika Di Padang Arafah
Artikel berkaitan: “Kuasa Allah!” – Terlepas Flight Pergi Haji, Lelaki Libya Tak Sangka Pesawat Patah Balik 2 Kali Sebab Masalah Teknikal
“Why do you bring people to death here?”
Selain daripada isu kuota, Arab Saudi juga pada masa yang sama turut menegur tahap kesihatan jemaah Indonesia yang dikatakan belum memenuhi syarat istitha’ah iaitu keupayaan fizikal dan mental untuk menunaikan haji.
Ada yang meninggal bahkan saat masih di pesawat. Why do you bring people to death here?”
Kenyataan tersebut mencerminkan kegelisahan pihak Arab Saudi atas kelemahan sistem tapisan kesihatan jemaah Indonesia, di samping menyelar kematian beberapa jemaah sebelum tiba di Tanah Suci, termasuklah insiden ketika di penerbangan.
Susulan isu ini, Arab Saudi mencadangkan penubuhan pasukan tugas khas bersama Indonesia bagi memantau keseluruhan proses pengurusan haji termasuklah dari aspek kesihatan, penerbangan, penginapan dan logistik.
Ini momentum evaluasi besar bagi kita semua. Bukan hanya soal angka kuota, tapi juga tentang kualiti penyelenggaraan,” kata Irfan lagi.
Mungkin pihak Indonesia boleh tubuhkan badan seperti Tabung Haji (TH) yang ada di Malaysia untuk menyelenggara isu-isu berbangkit ini.
Sumber: Buletin TV3, Detik