ft anak OKU makan dalam tong sampah

Seorang anak Orang Kurang Upaya (OKU) masalah pembelajaran dilihat sedang makan dari tong sampah, ia tular menerusi satu rakaman video setelah ibunya syak bahawa anaknya itu diabaikan oleh kakitangan rumah jagaan.

Bahkan, staf rumah jagaan itu juga didapati tidur ketika bekerja dan abaikan lelaki OKU yang berusia 23 tahun itu, perkara ini kemudian terbongkar setelah ibunya memasang kamera di dalam bilik anaknya itu.

Artikel berkaitan : JKM Selamatkan Remaja 17 Tahun Dipercayai Mangsa Rog*l Di Pusat Jagaan Anak Yatim Swasta

Artikel berkaitan : Ramai Sebak Tengok Lebih 400 Ekor Kucing Di Pusat Jagaan Haiwan Jadi Mangsa Banjir

Kejadian tersebut berlaku di sebuah rumah jagaan di Conventry, England. Biarpun ia adalah syarikat swasta, rumah pusat jagaan itu memperoleh sebahagian besar wangnya daripada kontrak penjagaan yang dibiayai oleh pembayar cukai dengan majlis tempatan.

Menurut siasatan sumber, pemuda OKU itu hidup dengan gangguan bipolar dan autism yang disebabkan oleh kejadian genetik yang jarang berlaku.

Ibu kepada Connor, Lindasay melakukan tindakan sedemikian setelah mendakwa dia bimbang selepas anaknya hilang dari rumah jagaan dan ditemui hampir 2 kilometer jauhnya.

Screenshot 2025 03 04 122636

“Kami dapat rasa ada sesuatu yang tidak kena. Dia akan melarikan diri mengatakan dia tak mahu kembali. Berat badannya naik.”

Sumber melaporkan bahawa pemuda OKU itu tinggal di sebuah kediaman yang merupakan perumahan sokongan bagi orang dewasa yang mengalami masalah pembelajaran, dan mempunyai kira-kira 4,000 penghuni.

Beberapa hari selepas dia letak kamera di bilik anaknya, dia mendaati anaknya sedang memakan sesuatu dari tong sampah selama hampir sejam tanpa pengawasan pengasuh.

Walaupun dia tak sepatutnya dibiarkan tanpa pengawasan, kamera tersebut juga ada merakam kakitangan yang berulang kali tidur semasa bekerja.

“Saya rasa loya. Dia memerlukan penjagaan seseorang atas sebab tertentu. Itu anak saya. Kakitangan sepatutnya berada di sana menjaga dia.”

Dedah ibunya lagi, kakitangan tersebut mengejeknya sambil menghisap vape selain daripada menjerit di mukanya dan mengabaikannya setiap hari.

Sumber : mStar Online

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.