“Saya tak tahu kenapa buat live” – Suami Siti Jamumall Sangkal Dakwaan Lafaz Cerai Hanya Gimik

4 hours ago 3

Suami kepada pempengaruh Siti Jamumall iaitu Khairul Aiman Abdul Kudus menyangkal dakwaan bahawa penceraiannya yang dia lafazkan itu hanyalah sekadar gimik.

Menurut Aiman ketika ditemui di Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam berkata, dia sendiri tak sangka situasi itu berlaku terhadap rumah tangganya.

Artikel berkaitan : “;Niat saya nak talak 2” – Suami Siti Jamumall Menyesal Buat Tindakan Melulu

Artikel berkaitan : PU Syed Ulas Kes Siti Jamumall, Mungkin Tak Boleh Rujuk Lagi Sebab…

“Berhubung dakwaan bahawa isu ini hanyalah satu gimik pemasaran, saya ingin jelaskan bahawa semasa siaran langsung malam kejadian, saya sendiri ada bertanya kepada Siti sama ada ini adalah untuk tujuan pemasaran.”

“Saya langsung tidak menjangkakan perkara itu berlaku. Saya baru pulang dari kerja, dalam keadaan penat dan sedikit tertekan malam itu. Jadi saya tegaskan, ini bukan gimik.”

aiman

Aiman juga meminta untuk dapatkan kepastian kepada Siti sendiri sama ada perkara itu adalah untuk tujuan pasaran atau tidak, tetapi bagi pihak Aiman dia menegaskan bahawa ia bukan satu gimik.

“Kalau mahu tahu sama ada ia satu bentuk strategi pemasaran, kena tanya Siti kerana dia yang memulakan siaran langsung itu. Mungkin hanya dia yang tahu sama ada ia disengajakan untuk meningkatkan jumlah tontonan atau tidak.”

“Daripada pihak saya, saya yakin ini bukan gimik. Namun, saya tidak boleh bercakap bagi pihak dia. Saya juga tidak tahu jika saya dijadikan sebagai bahan untuk mencipta gimik. Itu saya tak pasti.”

Dalam pada itu, Aiman turut menjelaskan bahawa keluarganya tidak menyebelahi mana-mana pihak dan bersikap aidil.

“Pihak keluarga saya pula tidak mengeluarkan sebarang kenyataan dan tidak campur tangan dalam hal ini. Mereka menyerahkan sepenuhnya keputusan kepada saya.”

“Ibu saya sendiri berkata bahawa ini adalah keputusan saya dan seluruh keluarga saya, menyatakan perkara yang sama. Mereka tidak memihak kepada Siti dan juga tidak memihak kepada saya.”

Screenshot 2025 05 22 153413

“Mereka tidak memuji atau menyalahkan sesiapa. Mereka hanya mahu perkara ini diselesaikan dengan baik, kerana bagi mereka, mencari solusi yang damai dan matang itu jauh lebih penting daripada terjebak dalam kontroversi.”

Sebelum ini, tular video Aiman menceraikan talak 2 kepada Siti ketika membuat satu sesi live di TikTok, difahamkan serami 25,000 penonton yang menjadi saksi kejadian tersebut. Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam hari ini menetapkan tarikh 21 Julai ini untuk sebutan pertama.

Sumber : Harian Metro

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Read Entire Article
Panutan Hidup | | | |