anggota polis ajak wanita check in bersemuka mohon maaf

Baru-baru ini, tular di media sosial mengenai rakaman sebuah video memaparkan seorang anggota polis menahan seorang wanita dan mengajaknya untuk check-in ke sebuah hotel.

Video tersebut telah mencetuskan kemarahan warganet berikutan anggota penguat kuasa itu bukan sahaja tidak melindungi orang awam malah dianggap telah mengaibkan kesantunan seorang wanita.

Kes ini kemudian telah mendapat perhatian pihak polis dan anggota itu dikenakan siasatan tatatertib.

Artikel berkaitan: Tular Video Seorang Anggota Polis Ajak Wanita ‘Check In’, Polis Minta Wanita Itu Tampil Untuk Bantu Siasatan

Artikel berkaitanAnggota Polis Didakwa Ajak Wanita ‘Check-in’, JIPS Bukit Aman Jalankan Siasatan Tatatertib

Normally exposed polis kaki gatal macamni. Kau dah tahan perempuan ni lepastu ajak perempuan ni check in? Bodoh betul lah 😅 pic.twitter.com/t68idgdKzt

— kamaghul deghaman (@kamaghul) June 14, 2025

Anggota polis dan wanita bersemuka

Terbaharu, Caprice mengadakan pertemuan dengan wanita itu yang mana mangsa menuntut permohonan maaf daripada anggota polis berkenaan.

Dalam satu hantaran yang dimuat naik Caprice di laman Instagramnya, kedua-dua pihak telah bersemuka untuk menyelesaikan isu terbabit.

“Saya nak permohonaan maaf. Dia buat macam saya tiada maruah. Tapi saya juga faham pandangan orang,” katanya.

Caprice kemudian bertanya sama ada wanita itu mahu berdamai dengan anggota polis terbabit selain berjanji akan memujuk pelaku untuk membuat permohonan maaf kepadanya di atas kejadian itu.

Selepas wanita itu menyatakan persetujuannya, anggota polis terbabit kemudian masuk ke dalam ruangan bertemu mangsa dengan kehadiran Caprice namun identitinya dirahsiakan.

Perbualan antara mereka tidak didedahkan, namun anggota polis itu dipercayai sudah meminta maaf kepada mangsa dan ibu serta neneknya di atas ketelanjurannya seperti dimaklumkan Caprice.

Dalam pada itu, Caprice meluahkan rasa syukur kerana insiden yang berlaku antara wanita dan anggota polis terbabit berjaya diselesaikan.

Sumber: Instagram

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.