Rakan baik kepada wanita yang maut dikelar oleh suaminya dalam satu kejadian di Taman Cahaya, Bukit Gambir, Norayu Abdullah, 34 mendedahkan bahawa dia ada menerima mesej daripada mangsa untuk berjumpa dan menurutnya mangsa mahu jumpa berdua sahaja.
Dia menghantar mesej kepada arwah menerusi WhatsApp pada Khamis lalu dan wanita itu berhajat untuk bertemu dengannya dalam masa terdekat.
Artikel berkaitan : Bergaduh Sebab Ungkit Kisah Lama Punca Suami Kel*r Isteri
Artikel berkaitan : Kes Suami Kel*r Isteri: Suspek Tiba-Tiba Laung’Allahuakbar’ Dalam Lokap
“Arwah ada mesej beritahu nak jumpa saya. Dia cakap ada benda yang hendak disampaikan. Tapi dia nak kami berdua sahaja.
“Saya memang nak jumpa sangat dengan dia, arwah beritahu ada perkara penting perlu disampaikan, tetapi saya tidak tahu apa yang hendak disampaikan dan ada kemungkinan ia berkaitan perkara ini (kematian).”
Ia membuatkan Norayu rasa terkilan apabila mengetahui berita kehilangan rakan baiknya itu kerana tidak sempat bertemu dengannya.
Norayu dilihat tidak dapat menahan air mata sambil terduduk di pusara arwah rakannya itu sebaik sahaja pengebumian selesai pada jam 8 malam sebelum dia ditenangkan sahabat dan ahli keluarga terdekat.
Kata Norayu lagi, hubungannya dengan arwah ibarat adik-beradik kerana sudah saling mengenali sejak dari kecil hinggalah Tingkatan Lima. Jelasya, kali terakhir dia bertemu arwah pada Ramadan lalu.
“Sebelum dan selepas mendirikan rumah tangga, arwah masih rakan karib saya. Kami tidak pernah bergaduh, hubungan kami sangat akrab.”
Dalam kejadian antara jam 4.15 hingga 4.30 petang, wanita itu didakwa maut di tangan suaminya selepas dikelar menggunakan pisau pemotong sayur.
Sejurus melakukan jenayah itu, suaminya memandu kenderaan sejauh kira-kira 40 kilometer ke rumah ibu mentuanya di Kampung Durian Chondong dan membakar empat kenderaan.
Sumber : Harian Metro