“Saya harap dia selamat” – Tular Video Budak Empat Tahun Jatuh Kondo Di Bukit Jalil, Lelaki Meratap Di Sisi Jasad

15 hours ago 6

Negara sekali lagi digemparkan dengan kes kanak-kanak maut terjatuh dari kondominium di Bukit Jalil, Selangor. Difahamkan, mangsa yang berusia empat tahun terjatuh dari tingkat 30 balkoni dari rumahnya.

Ekoran kejadian itu, semalam tular sebuah video di laman media sosial memaparkan visual seorang lelaki yang berada lokasi kejadian meratap hiba setelah membuka kain berwarna merah yang menutupi jasad kanak-kanak lelaki itu.

Untitled design 7

Artikel berkaitan : Tingkap Rumah Pengasuh Tidak Berjeriji, Budak 7 Tahun Ma*t Terjatuh Dari Tingkat 29 Kondominium

Artikel berkaitan : Tular Video Wanita Disyaki Ditolak Kekasih Dari Tingkat 23 Kondo, Polis Tahan Pemandu Lori

Ketika itu, dapat dilihat darah yang mengalir keluar dari mangsa. Situasi itu turut mengundang hiba beberapa individu lain yang berada di lokasi.

Screenshot 2025 06 06 at 12.09.36 PM

Memetik laporan Harian Metro, salah seorang saksi terawal yang dikenali sebagai Wan memaklumkan, ketika dia tiba di tempat kejadian, tiada darah dapat dilihat di sisi kanak-kanak itu dan beranggapan dia masih lagi bernyawa dan dapat diselamatkan.

” Ketika tiba di lokasi saya lihat tiada darah (pada kanak-kanak) tetapi saya tak pasti jika kanak-kanak itu masih bernyawa atau tidak. Ada orang di situ cakap mungkin mangsa sudah tiada.

“Tanpa berlengah saya terus menghubungi talian (MERS) 999 untuk mendapatkan bantuan dan masih berharap kanak-kanak itu ada peluang diselamatkan,”

Wan berkata ketika kejadian dia dalam perjalanan ke pos pengawal untuk mengambil hantaran barangannya sebelum melihat pengawal keselamatan berlari ke lokasi kanak-kanak itu terjatuh.

Ketika itu dipercayai kanak-kanak itu baharu sahaja terjatuh dan tidak nampak sebarang kesan-kesan kecederaan yang serius di bahagian atas tubuh badan.

Oleh kerana tidak pasti kanak-kanak itu terjatuh dari unit mana, pihak pengurusan kondominium terpaksa mengambil masa untuk menjejak ahli keluarga. Kira-kira 30 minit kemudian, seorang lelaki dipercayai bapa mangsa tiba dan meratap di sisi jasad anaknya itu.

“Kira-kira 30 minit selepas kejadian ada seorang lelaki dipercayai bapa mangsa datang ke lokasi dan terduduk (di sisi jasad kanak-kanak itu) dan (barulah kami tahu) itu bapanya,” katanya.

Meninjau ke ruangan komen, terdapat netizen yang memaklumkan lelaki itu bukanlah bapa kanak-kanak terbabit, namun turut meratap hiba kerana dia dipercayai memiliki anak seusia mangsa. Namun, tidak dapat dipastikan kesahihannya.

Rata-rata netizen juga turut berkongsi rasa hiba dan trauma dan berharap agar dihentikan penyebaran video terbabit kerana bimbang meninggalkan kesan kepada ahli keluarga.

Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Aidil Bolhassan dilaporkan berkata, pihaknya menerima laporan kejadian daripada orang awam pada 11.17 pagi. Mayat mangsa dihantar ke Unit Forensik Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM) dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR).

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Read Entire Article
Panutan Hidup | | | |