“Saya akan jadi ustazah, sambung impian arwah kakak…” – Adik Mangsa Nahas Bas UPSI Terharu, Berbangga Terima Tawaran UniSZA

15 hours ago 6

Walaupun masih bersedih atas kehilangan kakak tercinta dalam tragedi nahas bas Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) bulan lalu, seorang remaja tabah tekad meneruskan perjuangan kakaknya yang tidak sempat digapai.

Alia Hanani, 18, adik bongsu kepada Allahyarham Sufea Adela Maslihaizan, kini melangkah ke fasa baharu dalam hidupnya selepas menerima tawaran melanjutkan pengajian dalam bidang Diploma Pendidikan al-Quran dan Sunnah di Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA).

Lebih menyentuh hati, arwah kakaknya sendiri yang menguruskan permohonan kemasukannya sebelum tragedi berlaku.

“Arwah sangat teruja bila tahu saya nak sambung belajar. Dia sendiri tolong isi semua borang sebab nak saya belajar dekat UniSZA, yang tak jauh dari rumah kami,” kata Alia, lapor Kosmo!

Malah, Alia berjanji akan belajar bersungguh-sungguh demi menunaikan cita-cita kakaknya yang mahu menjadi seorang ustazah dan dalam masa sama menggalakkan adik-adik menuntut ilmu.

Artikel berkaitan: Keluarga 15 Pelajar UPSI Terkorban Dalam Nahas Diberikan Tajaan Pakej Umrah Percuma

Artikel berkaitan: Nahas UPSI: Lukisan Allahyarham Mustaqim Seakan Beri Gambaran Kemalangan

Fadzli dua dari kananAlia Hanani (dua dari kiri) bersama ahli keluarganya di Kampung Ayer Terjun, Besut, hari ini. – Kredit gambar Kosmo!

Sementara itu, ibu mereka, Zabidah Ibrahim, 49, mengakui pemergian arwah Sufea meninggalkan kesan besar, namun bersyukur kerana salah seorang anaknya kini akan meneruskan impian yang ditinggalkan.

“Arwah selalu cakap nak tengok adik-adik berjaya. Dia nak kami sekeluarga rapat dan belajar dekat-dekat supaya senang jumpa. Alia kini akan jadi pengganti dia,” ujarnya.

Pada hari yang sama, Naib Canselor UniSZA, Prof. Datuk Dr. Fadzli Adam hadir menyampaikan sendiri surat tawaran kepada Alia dan turut menyerahkan sebuah komputer riba serta sumbangan awal sebagai persediaan pengajian.

Beliau turut memaklumkan bahawa pihak universiti sedang mempertimbangkan bantuan tambahan termasuk dana kebajikan dan zakat.

Dalam kejadian sekitar jam 1 pagi pada 9 Jun lalu, seramai 15 penuntut UPSI maut apabila bas persiaran yang membawa 42 pelajar hilang kawalan sebelum merempuh sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) berhampiran Tasik Banding, Gerik, Perak.

Semoga Alia terus kuat dan berjaya mengejar cita-cita demi arwah kakaknya.

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Read Entire Article
Panutan Hidup | | | |