“Sama je macam selesema” – Ini 5 Mitos Covid-19 Yang Ramai Percaya Sampai Sekarang!

1 day ago 13

Sedar tak sedar, dah lebih lima tahun kita hidup dengan Covid-19 hinggakan ramai yang anggap virus ni dah jadi macam satu jangkitan biasa. Walaupun kesedaran orang ramai tentang Covid-19 semakin meningkat, tapi masih ada segelintir mitos dan salah faham yang masih berlegar sampai ke hari ini.

Disebabkan beberapa mitos ini, semakin ramai orang mengabaikan langkah berjaga-jaga sehingga turut memberi kesan kepada kumpulan berisiko tinggi seperti warga emas, ibu mengandung dan individu dengan penyakit kronik [3].

Jadi untuk artikel kali ini, jom kita tengok beberapa mitos yang masih dipercayai sehingga sekarang dan fakta sebenar disebaliknya. Jangan biarkan mitos ni buat kita terdedah kepada risiko yang lebih bahaya!

1. Covid-19 ni sama je dengan selesema biasa

LM IG Client Post

Mitos ni paling popular lebih-lebih lagi sekarang. Mana tidaknya, simptom awal Covid-19 adalah demam, batuk dan selesema dan sangat menyerupai jangkitan selesema biasa. Tapi sebenarnya, Covid-19 ni sangat berbahaya lebih-lebih lagi untuk golongan berisiko tinggi.

Ini kerana, Covid-19 boleh menyebabkan komplikasi serius seperti radang paru-paru, kerosakan organ dan risiko kematiannya lebih tinggi dari selesema biasa [2]. Jadi, kita jangan anggap ia sekadar selesema biasa sampai abaikan rawatan awal bila ada simptom-simptom Covid-19.

2. Dah ambil vaksin, tak payah buat ‘test’ Covid-19

LM IG Client Post copy

Macam yang kita tahu, vaksin memang memainkan peranan penting bagi mengurangkan risiko jangkitan teruk, tapi apa yang lebih penting untuk kita faham, vaksin tak boleh menghalang kita dari dijangkiti.

Kalau korang ada alami simptom seperti demam, batuk atau hilang deria rasa dan bau, korang masih perlu buat ujian Covid-19. Ini kerana, mengesan jangkitan lebih awal boleh mencegah penularan virus ini kepada orang lain terutamanya kalau kita dikelilingi ahli keluarga yang berisiko tinggi [3].

3. Kita boleh dijangkiti sekali je seumur hidup

LM IG Client Post copy 2

Mitos ini wujud daripada salah faham bahawa imuniti dari jangkitan pertama akan melindungi kita untuk selama-lamanya. Tapi ramai yang tak tahu bahawa kita boleh je dijangkiti semua oleh varian lain.

Untuk pengetahuan korang, Covid-19 terus bermutasi dan imuniti daripada jangkitan atau vaksin sebelum ini tak boleh memberikan perlindungan penuh daripada varian baru tau! Jadi, penting untuk kita terus berhati-hati dan ambil langkah pencegahan walaupun pernah dijangkiti Covid-19.

4. Pakai pelitup muka dah tak relevan

LM IG Client Post copy 3

Walaupun sekarang ni dah banyak tempat yang dah longgarkan keperluan memakai pelitup muka, ianya masih lagi relevan. Lebih-lebih lagi kalau korang sering berada di kawasan sesak macam pengangkutan awam atau berada berhampiran dengan golongan berisiko tinggi.

Kalau korang nak tahu, pelitup muka merupakan salah satu langkah pencegahan yang paling mudah dan berkesan untuk kurangkan risiko penyebaran virus, lagi-lagi kalau korang rasa tak sihat atau ada simptom ringan.

5. Tak perlu risau dengan jangkitan Covid-19

LM Gambar Hiasan 600 x 400

Ramai menganggap bahawa ancaman Covid-19 telah berlalu kerana kita kini sudah pun berada di “fasa endemik”. Namun begitu, walaupun jumlah kes menurun, risiko tetap ada terutamanya untuk orang yang mempunyai sistem imun yang lemah [3].

Bukan sahaja golongan berisiko tinggi seperti warga emas, pesakit kronik dan wanita hamil perlu terus berhati-hati, malah individu yang dikelilingi oleh kumpulan ini juga perlu berjaga-jaga. Ini kerana, jangkitan Covid-19 masih boleh membawa kepada komplikasi yang serius dan memerlukan rawatan yang segera bagi mencegah keadaan menjadi lebih teruk.

Kenapa pentingnya ambil langkah awal?

LM IG Client Post copy 5

Lepas kita baca fakta di sebalik mitos-mitos dekat atas ni, korang mesti dah faham kenapa penting untuk ambil langkah berjaga-jaga kan? Rawatan awal merupakan kunci untuk elak komplikasi serius terutamanya untuk golongan berisiko tinggi.

Menurut CDC, terdapat pelbagai jenis rawatan Covid-19 yang telah diluluskan dan terbukti berkesan untuk mengurangkan risiko penyakit menjadi teruk jika dimulakan lebih awal selepas simptom muncul [1].

Jadi, korang jangan pula tunggu sampai keadaan jadi kritikal. Kalau korang atau ahli keluarga ada tunjukkan simptom, cepat-cepat dapatkan nasihat perubatan dan paling penting, buat ujian Covid-19 dulu. Tindakan pantas ni bukan sahaja boleh melindungi diri kita sendiri malah orang tersayang.

Kalau nak tahu lebih lanjut lagi tentang cara untuk melindungi diri dari risiko Covid-19, korang boleh layari www.knowplango.my. Lebih penting, jadikan maklumat yang tepat sebagai panduan untuk kita jaga kesihatan diri.

Rujukan:

  1.  Centers for Disease Control and Prevention. Types of COVID-19 Treatment. Updated 20 November 2024. https://www.cdc.gov/covid/treatment/index.html. Accessed 7 March 2025.
  2.  Spinner CD, et al. Adv Ther. 2025;42(2):666-719. https://link.springer.com/article/10.1007/s12325-024-03043-0
  3. Centers for Disease Control and Prevention. People with Certain Medical Conditions and COVID-19 Risk Factors. Updated 6 January 2025. https://www.cdc.gov/covid/risk-factors/index.html. Accessed 7 March 2025.

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Read Entire Article
Panutan Hidup | | | |