Tular satu video memperlihatkan timbunan daging mentah yang dipercayai daging korban terbuang di kawasan pembuangan sampah, menurut perkongsian pengguna TikTok @hanismuzaini, hampir 20 kilogram daging mentah itu terbuang.
Dalam masa sehari ia dimuat naik, video tersebut telah meraih sejuta jumlah tontonan dan ianya mengundang pelbagai reaksi netizen, ada yang mempersoalkan jika ia memang benar daging korban dan ada yang meluahkan rasa terkilan kerana ia adalah satu pembaziran yang melampau kerana ada antara mereka yang tidak berpeluang untuk merasai daging korban daripada penduduk setempat.
Artikel berkaitan : Lembu Korban Tak Sempat Disembelih Lepas Jatuh Perigi
Artikel berkaitan : Lembu Korban Terjun Laut, Dipercayai Hanyut
@hanismuzainiVIRAL DAGING KORBAN DIBUANG petang ni LEBIH 20kg area Jeram Selangor. TERGAMAK NYA BUANG SEBEGITU SAHAJA TANPA TANAM ATAU SEBAGAINYA. #dagingkorban #dibuang
♬ Gema Takbir Idul Adha – دحية الكلبي
Berdasarkan andaian netizen lagi, ia berkemungkinan daging itu diagihkan kepada orang-orang gelandangan dan ada juga yang menyifatkan mungkin ada sebab tertentu kenapa ianya dibuang.
Dalam pada itu, ada juga yang bertanyakan tindakan pemilik video seteleh melihat kejadian tersebut, jadi, pemilik video ada muat naik satu lagi hantaran menunjukkan kesemua daging itu telah pun ditanam oleh penduduk setempat dan kerja pembersihan juga turut dilakukan.
@hanismuzainiReplying to @shahrilfitriismail alhamdulillah. Dah ada yg uruskan.. Kerja pembersihan terus dilakukan. Alhamdulillah semua dah selesai. #dagingkorban #dibuang
♬ Sedih menyentuh hati – Yuda Pratama
Alhamdulillah nasib baik semua daging tersebut selamat ditanam, apapun, punca, lokasi dan waktu semua masih belum diketahui, mungkin ada alh cerita disebalik kejadian ini.
Sumber : TikTok