Beberapa hari kebelakangan ini, tular satu perkongsian daripada ibu bapa yang mendedahkan pengalaman anak kesayangan mereka hampir dibawa lari oleh beberapa individu yang tak dikenali ketika sedang berlibur di Genting Highland.
Mengimbau situasi tersebut, ibu bapa kepada kanak-kanak tersebut mendakwa bukan seorang tetapi dua orang anaknya hampir dibawa lari oleh individu yang dikatakan lebih daripada tiga orang.
Menurut perkongsian oleh bapanya di TikTok, dia mula perasan akan kejadian itu apabila ada seorang lelaki mula merakam video dari tingkat atas.
Artikel berkaitan : Kronologi Kehilangan Isteri Taikun Bisnes Sarawak, Dipercayai Diculik Ketika Dalam Perjalanan Ke Pejabat SPRM
Artikel berkaitan : Tular Kisah Bayi Kembar Di Hospital Kuala Lipis Diculik, Jabatan Kesihatan Negeri Pahang Sahkan Ia Berita Tidak Benar
Bagaimanapun, rasa musykil mula timbul apabila si bapa mula perasan yang lelaki tersebut tidak merakam anaknya dan berdasarkan pemerhatiannya lelaki tersebut bukan warganegara Malaysia.
Nak dipendekken cerita, ada seorang wanita dewasa datang bermain dengan anak-anaknya sepanjang masa sehingga didakwa cuba membawa kanak-kanak tersebut ke pintu luar.
Wanita berkenaan juga dikatakan cuba ‘mengumpan’ untuk kanak-kanak itu megikutinya, namun mujurlah sepanjang waktu itu si bapa memperhatikan situasi tersebut dari jauh dan sempat menyelamatkan anak-anaknya.
Boleh baca cerita penuh di sini…
Berikutan dengan penularan kisah ini, orang bimbang akan keselamatan anak-anak mereka di lokasi percutian sehingga mendapat perhatian pihak berkuasa. Bagaimanapun pihak polis menjelaskan bahawa pihaknya tidak menerima sebarang laporan berhubung dengan kejadian tersebut.
Ketua Polis Daerah Bentong, Superintendan Zaiham Mohd Kahar berkata, pihaknya mengesan hantaran itu tular di TikTok pada jam 8.30 malam semalam. Beliau memohon agar bapa mangsa tampil membuat laporan polis.
“Siasatan awal polis mendapati sehingga semalam, tiada sebarang laporan polis diterima berhubung insiden berkenaan.”
“Sehubungan itu, polis memohon pemilik akaun TikTok @awiegerbangmalam tampil ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Bentong bagi membantu siasatan lanjut berkenaan perkara ini.”
Beliau turut meminta mana-mana individu yang berdepan situasi yang serupa di Genting Highlands supaya tampil membuat laporan polis di balai berhampiran.
Sumber : TikTok, Harian Metro