Semalam, kecoh di media sosial tentang kejadian yang menimpa seorang kanak-kanak berusia empat tahun apabila kanak-kanak tersebut maut akibat dipercayai terjatuh dari balkoni tingkat 30 sebuah pangsapuri di Bukit Jalil, Kuala Lumpur.

Dalam perkembangan terkini kes ini, Harian Metro melaporkan bahawa ibu mangsa telah ditahan oleh polis untuk membantu siasatan kejadian melibatkan kanak-kanak tersebut.
Selain wanita itu, adik lelaki kepada ibu mangsa iaitu bapa saudara mangsa juga turut ditahan oleh polis bagi membantu siasatan.
Artikel Berkaitan: “Saya harap dia selamat” – Tular Video Budak Empat Tahun Jatuh Kondo, Lelaki Meratap Di Sisi Jasad
Artikel berkaitan : Tingkap Rumah Pengasuh Tidak Berjeriji, Budak 7 Tahun Ma*t Terjatuh Dari Tingkat 29 Kondominium
Difahamkan, ibu mangsa dan adik lelakinya itu merupakan warga Indonesia yang masing-masing berusia 27 dan 25 tahun.
Mayat mangsa telah pun selesai menjalani prosedur bedah siasat dan punca kematian kanak-kanak itu adalah akibat kecederaan setelah jatuh dari tingkat tinggi.

Kes ini disiasat di bawah Seksyen 31 (1) Akta Kanak-kanak.
Sumber: Harian Metro