ft PBAKL 2025

Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL) 2025 baru sahaja menutup tirai pada Ahad lalu, dan ia dilihat diadakan dengan begitu meriah seperti mana dalam satu video tular baru-baru ini.

Dalam video itu, kelihatan sekumpulan individu berebut masuk apabila pintu di salah satu dewan mula dibuka. Perkara ini sekaligus menyangkal persepsi yang mengatakan orang Malaysia ini malas membaca.

Namun begitu, video tersebut menerima komen yang sebaliknya daripada warganet yang menganggap ia tidak mencerminkan apa yang dianggap oleh orang ramai.

Artikel berkaitan : Kalau Tak Ada Tak Boleh Bersalin Dekat Hospital Kerajaan? Doktor Kongsikan Mitos Mengenai ‘Buku Pink’

Artikel berkaitan : Kes Adik Adham : Suami Dakwa Isu Tidak Berkahwin Timbul Sebab Isteri Tiada ‘Buku Pink’

Bukti rakyat Malaysia masih ramai yang minat membaca. Dah boleh lawan food fest ni 😭 pic.twitter.com/TrsCc9jwYy

— kamaghul deghaman (@kamaghul) June 2, 2025

Menurut salah seorang pengguna X, jika diperhatikan dalam video tersebut, kelihatan kebanyakan pengunjung merupakan para wanita yang berebut-rebut untuk masuk. Menurut netizen, kebanyakan darinya hadir ke PBAKL itu hanya untuk mencari novel fiksyen tentang hal-hal percintaan sahaja.

Dalam hantaran yang telah meraih lebih daripada 2,000 jumlah perkongsian dalam masa 20 jam itu, pelbagai netizen meluahkan pendapat masing-masing berkaitan isu itu.

Ada di kalangan warganet juga menegaskan bahawa tiada salah membaca buku fiksyen kerana ia banyak menyelitkan unsur moral, ilmiah dan fakta yang berguna.

PBAKL PBAKL 2 PBAKL 3 PBAKL 4 PBAKL 5 PBAKL 6

Hurm, apapun sekurang-kurangnya ada generasi muda yang masih minat membaca buku. Mungkin apabila dah meningkat matang nanti, minat membaca mereka pasti akan berubah haluan kepada genre yang lebih berat. 

Sumber : X

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.