Seorang penyanyi rap bersama 2 lagi rakannya telah ditahan oleh pihak berkuasa Laos atas dakwaan cuba menyeludup 103 bungkusan ganja.
Memetik laporan Utusan, penyanyi yang juga anggota sebuah kumpulan rap tanah air itu dikatakan telah ditahan sejak 27 Mei lalu di Lapangan Terbang Antarabangsa Wattay selepas disyaki cuba untuk seludup dadah tersebut ke Jerman.
Artikel berkaitan : Raja Dadah India Diberkas, Sembunyi Di Kuala Lumpur Guna Pas Pelancong
Artikel berkaitan : Kucing Ditangkap, Cuba Seludup Dadah Ke Dalam Penjara Di Costa Rica
Berdasarkan satu laporan di Laos, dalam satu operasi yang melibatkan pegawai kastam, penguatkuasa lapangan terbang dan agensi lain itu, ketiga-tiga individu itu ditahan semasa pemeriksaan rutin dijalankan.
Menurut laporan lagi, berdasarkan hasil pemeriksaan 6 beg milik penyanyi rap itu, pihak berkuasa menemui ganja yang disembunyikan dalam bagasi mereka dengan jumlah keseluruhan kira-kira 86 kilogram.
Difahamkan lagi, suspek dikatakan sedang bersiap sedia untuk menaiki penerbagan Thai Airways untuk menuju ke Jerman, di mana dadah tersebut dipercayai akan dihantar.
Susulan itu, pihak berkuasa telah mengesahkan bahawa ketiga-tiga suspek tersebut telah ditahan dan bakal dibawa mengikut prosedur undang-undang Laos dan siasatan kini masih diteruskan.
Turut difahamkan, rampasan tersebut telah menyusuri beberapa insiden penyeludupan dadah yang berlaku di Lapangan Terbang Antarabangsa Wattay kebelakangan ini.
Sumber : Utusan