4duit

Pihak Polis Daerah Pak Kret, Thailand kini sedang menyiasat satu penemuan luar biasa melibatkan wang tunai sebanyak 12 juta baht (bersamaan kira-kira RM1.5 juta) yang ditemui di dalam sebuah kotak misteri berhampiran sebuah kondominium mewah di Muang Thong Thani.

Menurut laporan Sinar Harian, penemuan itu berlaku pada 5 Jun lalu apabila seorang penduduk kondominium menemui sebuah kotak plastik kelabu yang kelihatan mencurigakan di kawasan pembuangan sampah ketika sedang berjalan di sekitar premis berkenaan.

3156135

Difahamkan, individu terbabit pada mulanya hanya mahu mengambil kotak tersebut untuk diguna semula, namun terkejut apabila mendapati ia dipenuhi wang kertas 1,000 baht dalam jumlah yang sangat banyak. Tanpa berlengah, beliau segera menghubungi pihak polis untuk tindakan lanjut.

Ketua Polis Daerah Pak Kret mengesahkan bahawa pemeriksaan awal mendapati sejumlah wang tunai sebanyak 12 juta baht disimpan bersama beberapa dokumen termasuk sijil pemotongan cukai dan beberapa sampul surat yang dipercayai berkaitan dengan sebuah agensi kerajaan.

Kesemua wang dan dokumen tersebut telah dirampas dan dibawa ke balai polis bagi tujuan siasatan lanjut. Setakat ini, identiti pemilik sebenar wang tersebut masih belum dikenal pasti.

Polis turut menyiasat sama ada wang itu mempunyai kaitan dengan sebarang unsur jenayah, rasuah atau salah guna kuasa.

Baca: “Saya Tak Mahu Ambil, Bukan Hak Saya” – Pemungut Sampah Syukur Dapat Tawaran Kerja Lepas Pulangkan RM13K 

Screenshot 2025 06 07 at 12.14.19 PM

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.