guru ditemukan meninggal dunia dalam rumah

Baru sahaja kita digemparkan dengan berita seorang guru ditemukan meninggal dunia dalam rumah di Johor Bahru, kali ini berlaku kejadian sama di Jempol, Negeri Sembilan.

Memetik laporan Sinar Harian, suasana tenang di sebuah perumahan di Taman Satelit, Bahau, bertukar cemas apabila seorang guru wanita ditemukan meninggal dunia dalam kediamannya, pada pagi ini.

Perkara itu diketahui apabila guru berusia 55 tahun itu tidak hadir ke sekolah seperti biasa yang menyebabkan kebimbangan buat pihak sekolah.

Artikel berkaitan: Didakwa Pernah Alami Kemurungan, Ini Kronologi Kes Jasad Cikgu Wanita Ditemui Reput Di Rumah

Artikel berkaitan: Mayat Guru Wanita Ditemui R*put Dalam Rumah, Rupanya Dah Sebulan Meninggal Dunia

3175775

Disebabkan pihak sekolah gagal menghubunginya, Penolong Kanan bertindak pergi sendiri ke rumah guru berkenaan untuk membuat pemeriksaan.

“Apabila tiba di lokasi, kenderaan mangsa masih dilihat berada di luar rumah, namun panggilan telefon tidak berjawab.

“Keadaan mencurigakan itu mendorong pihak sekolah menghubungi bomba untuk membantu membuka pintu rumah mangsa,” katanya.

Katanya, pasukan bomba yang tiba di lokasi kemudian berjaya membuka pintu rumah dan menemukan mangsa sudah tidak bernyawa.

Menurut sumber, wanita tersebut mempunyai rekod penyakit jantung dan pernah menerima rawatan di Institut Jantung Negara (IJN).

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Jempol, Superintenden Norhisham Mustapar mengesahkan siasatan awal pihak polis mendapati tiada unsur jenayah dikesan dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR).

Sumber: Sinar Harian

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.