Sehubungan dengan insiden kemalangan maut yang membabitkan pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) di Jalan Raya Timur-Barat (JRTB), Jeli-Gerik, Isnin lalu, Kementerian Pengangkutan telah membatalkan lesen pengendali bas yang mengendalikan perjalanan itu serta merta.
Menterinya, Anthony Loke, berkata keputusan tersebut telah dibuat berikutan pelanggaran syarat lesen pengendalian dengan menyifatkan sebagai kecuaian dan tidak boleh dimaafkan.
Artikel berkaitan : “Stop lah buat, hormat keluarga mangsa” – Netizen Kecam Tindakan Buat Gambar AI Nahas Pelajar UPSI
Artikel berkaitan : Nahas Bas Pelajar UPSI: Penumpang Dakwa Bas Bau Hangit, Gerak Laju & Terhuyung-hayang
“Rayuan tidak akan dilayan kerana ini menunjukkan kecuaian yang tidak boleh dimaafkan.”
Tambah beliau, siasatan mendapati bahawa pemilik permit tidak mengendalikan sendiri operasi bas berkenaan, tetapi mereka memajakkan permit kepada pihak ketiga.
“Kita mendapati pemegang permit bas tersebut, yang merupakan sebuah bas persiaran, mempunyai dua pemit. Satu daripada Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) untuk mengendalikan bas pesiaran. Kedua daripada Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD).
“Pemilik permit tersebut sebenarnya tidak mengoperasikan bas tersebut. Daripada siasatan kita, kita mendapati bahawa pemilik ini telah memajakkan pemit itu kepada pihak lain. Pemilik permit ini beralamat di Kedah, tetapi dia memajakkan permit itu kepada seorang individu dari Kelantan dengan hanya RM500 sebulan.”
Oleh itu, beliay menegaskan bahawa is jelas sama sekali telah melanggar syarat permit kenderaan kenderan, malah pihak terbabit juga telah gagal menyerahkan laporan Sistem Pengesanan Global (GPS) kerana ia tidak dipasang atau diaktifkan.
Tambah Loke lagi, kegagaln dalam mengaktifkan GPS dan sikap lepas tangan terhadap aspek keselamatan telah menunjukkan tahap kecuaian dalam pengendalian bas.
Dalam pada itu, berkenaan dengan isu maslaah brek seperti mana yang didakwa oleh pemandu, pihaknya akan melakukan laporan dengan lebih terperinci bagi mengenal pasti punca kejadian.
“Kita akan buat laporan yang lebih terperinci, laporan forensik dan sebagainya, untuk melihat sama ada betul atau tidak dakwaan itu.”
“Tetapi, daripada rakaman kamera papan pemuka (dashcam) pengguna jalan raya yang lain, amat jelas bahawa ketika itu, bas itu memotong dengan laju, memecut dan akhirnya dia terbabas.”
Untuk rekod, seramai 15 pelajat UPSI maut selepas bas yang dinaiki mereka bertembung dengan kenderaan jenis MPV, Perodua Alza di Kilometer 53, JRTB , Jeli-Gerik, di Gerik.
Sumber : Buletin TV3