sm alam shah terbakar

Tular satu rakaman video memaparkan kebakaran berlaku di Sekolah Menengah Sains Alam Shah di Cheras, Kuala Lumpur.

Menurut laporan, beberapa penduduk Bandar Sri Permaisuri Cheras terbau asap yang kuat kira-kira waktu Subuh tadi sebelum mendapati api sedang marak pada sekolah berkenaan.

Dalam video tular itu, kelihatan sebuah bangunan terbakar dengan api marak sehingga udara dipenuhi asap hitam berkepul-kepul meskipun keadaan ketika itu sedang hujan lebat.

Artikel berkaitan: Bengkel Kereta & Motosikal Di Puchong Musnah Dalam Kebakaran, Tiada Mangsa Terlibat

Artikel berkaitan: Bangunan Sebuah Sekolah Menengah Di Perak Terbakar Ketika Mesyuarat PIBG & Jamuan, Tiada Mangsa Cedera

Bangunan pentadbiran Sekolah Menengah (SM) Sains Alam Shah, Cheras musnah terbakar, pagi ini.

SUMBER: Video tular pic.twitter.com/PsTwWmDTV2

— Buletin TV3 (@BuletinTV3) June 10, 2025

Dalam pada itu, Pasukan Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur (PGO KL) dalam satu kenyataan mengesahkan kebakaran yang berlaku.

Bomba memaklumkan pihaknya menerima panggilan kecemasan pada pukul 4.15 pagi sebelum menggerakkan jentera ke lokasi kejadian.

“Menurut Ketua Balai BBP Bandar Tun Razak, Penolong Kanan Penguasa Bomba
Azizi Abdullah, setibanya pasukan bomba pada pukul 5.08 pagi, kebakaran melibatkan keseluruhan tingkat satu pelbagai bilik anggaran berkeluasan 2,740 meter persegi terbakar 100 peratus.”

Tambahnya, seramai 44 anggota terbabit dalam operasi pemadaman dan api berjaya dikawal sepenuhnya pada puku 5.55 pagi. Tiada mangsa cedera dan punca kebakaran masih dalam siasatan.

Sumber: Kosmo!

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.