syaz ft 2025 06 16T123251.095

Seorang wanita menerusi laman TikTok miliknya, meluahkan kesedihan apabila dia dimadukan tanpa kerelaannya.

Dalam hantaran tersebut, pengguna TikTok @nurainnashwa meluahkan dia dan suami mempunyai impian untuk bersanding dengan berbusana songket, namun angan-angannya itu lenyap kerana mereka berdua berkahwin ketika usia muda.

Artikel berkaitan: “Itu luahan 2019” –  Madu Dakwa Tak Pernah Desak Suami Ceraikan Nora, Jelaskan Perkara Sebenar

Artikel berkaitan: Aisyah Hijanah Jawab Dakwaan Kes Dimadukan Hanya Gimik, Kutip Derma Untuk Kepentingan Peribadi

Pun begitu, suaminya itu berbusana songket ketika bersanding dengan isteri barunya.

Wanita itu juga meluahkan, kesetiaannya terhadap suami seakan diperlekehkan ketika suaminya itu berkahwin dengan wanita lain.

2

1 1

“10 tahun aku setia jadi penunggu, jadi si setia yang lurus percaya. Aku simpan kemas angan-angan tu dalam-dalam.

Tahun ke-10 dengan kandungan yang masih sarat dalam rahim aku, dia dengan tanpa ihsan meluahkan bahawa dia sudah berkahwin demi memenuhi rasa sunyi dalam hatinya.

Dan hari ini, dia pakai juga songket tu, bahagia dan naik pelamin tapi bukan aku yang berdiri sebelah dia,” tulisnya di kapsyen.

Dalam pada itu, menerusi ruangan komen difahamkan wanita itu sedang mengandung 7 bulan ketika suaminya itu berkahwin baru.

Perkongsiannya itu mendapat perhatian ramai, rata-rata mereka meluahkan rasa simpati terhadap wanita tersebut, malah ada juga yang berkongsi pengalaman hampir sama.

1

Berat ujiannya, semoga kekal tabah!

Sumber: TikTok

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.