Media Iran Laporkan Israel Serang Ibu Pejabat Kementerian Pertahanan Di Tehran

11 hours ago 7

Israel didakwa melancarkan satu lagi serangan udara pada awal pagi Ahad yang menyasarkan ibu pejabat Kementerian Pertahanan Iran di Tehran. Menurut laporan agensi berita Tasnim yang dipetik oleh Anadolu Ajansi (AA), serangan itu berlaku di kawasan Nobonyad dan mengakibatkan kerosakan kecil pada sebuah bangunan pentadbiran yang terletak dalam kompleks Kementerian Pertahanan dan Logistik Angkatan Tentera Iran.

Setakat ini, pihak Kementerian Pertahanan Iran belum mengeluarkan sebarang kenyataan rasmi berhubung insiden tersebut.

Screenshot 2025 06 15 at 12.01.02 PM

Memetik laporan Astro Awani, serangan ini berlaku hanya beberapa hari selepas serangan terdahulu oleh tentera Israel pada pagi Jumaat yang menyasarkan beberapa kemudahan strategik Iran termasuk kemudahan nuklear dan peluru berpandu. Serangan itu juga dipercayai telah meragut nyawa beberapa komander tentera dan saintis kanan negara tersebut.

Sebagai tindak balas terhadap tindakan Israel, Iran bertindak melancarkan peluru berpandu balistik ke arah beberapa lokasi di wilayah pendudukan Israel. Serangan balas ini dilaporkan mengakibatkan beberapa kematian dan kecederaan, selain menyebabkan kerosakan pada beberapa bangunan.

Baca: Perancis Tekad Iktiraf Palestin Sebagai Negara Berdaulat

4perancis

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Read Entire Article
Panutan Hidup | | | |