4zafrul

Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari menafikan khabar angin bahawa Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz bakal menggantikan beliau sebagai Menteri Besar.

Screenshot 2025 05 31 at 2.12.32 PM

Spekulasi itu tercetus selepas laporan menyebut Tengku Zafrul dikatakan akan meninggalkan UMNO untuk menyertai Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Namun begitu, Amirudin menegaskan bahawa beliau akan terus kekal memegang jawatan Menteri Besar dan menyifatkan perkara itu sekadar spekulasi politik yang tidak berasas.

MB kekal, itu antara doa yang saya minta Tengku Zafrul doakan. Dia nak ke Mekah hari ini”

Memetik laporan Buletin TV3, beliau turut menjelaskan bahawa tidak timbul sebarang keperluan untuk mengadakan Pilihan Raya Kecil bagi membolehkan Tengku Zafrul menyertai Dewan Undangan Negeri Selangor. Menurutnya, mandat kerajaan negeri masih mempunyai tempoh lebih dua tahun setengah sebelum penggal berakhir, justeru segala fokus harus diberikan kepada pentadbiran dan pembangunan negeri.

Screenshot 2025 05 31 at 2.12.07 PM

Dalam masa yang sama, Amirudin menyambut baik sekiranya Tengku Zafrul benar-benar menyertai PKR, memandangkan hubungan kerjasama antara kedua-dua pemimpin itu telah lama terjalin dalam pelbagai urusan pentadbiran termasuk bidang ekonomi, aeroangkasa dan semikonduktor menerusi kementerian yang diterajui Tengku Zafrul di peringkat persekutuan.

Baca: Tengku Zafrul Kata Tak Mustahil iPhone Boleh Cecah Harga Kereta, Kongsi Kesan Kenaikan Tarif Trump

Screenshot 2025 05 31 at 2.10.24 PM

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.