Dua orang warga emas yang juga merupakan pasangan suami isteri ditemui dalam keadaan meninggal dunia di dalam rumah mereka di Raub pada tengah hari Sabtu.
Kematian pasangan suami isteri itu bagaimanapun tiada melibatkan perbuatan jenayah kerana tiada unsur jenayah ditemui di sekitar rumah setelah diperiksa oleh pihak polis. Ketika mayat ditemui oleh polis, rumah mereka juga berada dalam keadaan baik.
Mayat suami yang berusia 75 tahun ditemui di dapur dalam keadaan sudah berulat manakala mayat isteri, 73 tahun pula ditemui di dalam sebuah bilik rumah kedai tersebut, lapor Berita Harian.
Kedua-dua mayat dihantar ke Hospital Raub untuk bedah siasat dan difahamkan, pasangan tersebut meningggal dunia kerana serangan jantung (Sindrom Koronari Akut.
Artikel berkaitan: Mayat Elisa Lam Ditemui Dalam Tangki Air, Rupanya Hotel Berhantu Ni Dah Ragut Hampir 16 Nyawa!
Artikel Berkaitan: Gempar Penemuan M*yat Seorang Lelaki Dalam Tangki Simpanan Air Di Pulau Pangkor
Memetik laporan Buletin TV3, kedua-dua warga emas ini dipercayai telah meninggal dunia sejak seminggu lalu.
Menurut polis, kes dikategorikan sebagai kes mati mengejut. Difahamkan lagi, lelaki warga emas itu pernah mendapat rawatan berkaitan sakit jantung di sebuah klinik kesihatan berdekatan dan isterinya pula mempunyai penyakit Parkinson sejak bertahun dulu.
Sumber: Berita Harian