Baru-baru ini tular isu papan tanda larangan aktiviti homoseksual di negeri Terengganu Darul Iman. Difahamkan, papan tanda larangan aktiviti suka dengan pasangan sejenis itu telah diletakkan di luar pagar kawasan Universiti Malaysia Terengganu.
Difahamkan, papan tanda itu diletakkan oleh pihak Majlis Perbandaran Kuala Terengganu, lapor Free Malaysia Today.
Papan tanda berkenaan telah menjadi perhatian kerana ada pihak iaitu aktivis transgender telah mengkritik papan tanda itu kerana aktivis berkenaan mendakwa papan tanda itu seakan menyemai kebencian terhadap golongan tersebut.
Pihak UMT mengatakan pihak pengurusan mereka tidak boleh mengeluarkan sebarang kenyataan berkenaan papan tanda itu kerana ia merupakan di bawah bidang kuasa majlis bandaraya negeri tersebut.
Artikel berkaitan: Pengantunan Seksual Adalah Jenayah Di M’sia, Ketahui Tanda-Tanda Amaran ‘Sexual Grooming’ Sebelum Terlambat!
Artikel Berkaitan: Penceramah Dedah Trend H*mosek*ual Bermula Di Sekolah, Punca Kes HIV Meningkat Di Kalangan Pelajar
Susulan isu yang tular itu, AJK PAS Pusat dan Pengerusi Jawatankuasa Penerangan, Dakwah dan Pemerkasaan Syariah Negeri Terengganu iaitu Dr Muhammad Khalil Abdul Hadi mengeluarkan kenyataan menerusi Facebook bahawa papan tanda larangan homoseksual itu adalah untuk melaksanakan suruhan Allah SWT dan bukannya untuk menyemai kebencian terhadap mana-mana pihak.
Pihak kerajaan negeri, melalui Jawatankuasa Penerangan, Dakwah dan Pemerkasaan Syariah, menyokong penuh inisiatif itu sebagai sebahagian daripada pendekatan amar makruf nahi mungkar yang merupakan tuntutan agama Islam.
Ia adalah usaha mendidik masyarakat agar menjauhi perbuatan yang dilarang oleh Allah SWT berdasarkan dalil-dalil jelas daripada Al-Quran dan Sunnah,” tulisnya dalam satu kenyataan di Facebook.
Tambah beliau lagi, larangan hubungan sejenis itu bukanlah sesuatu perkara yang baru dalam Islam kerana ia telah disebut banyak kali di dalam Al-Quran.
Menurutnya lagi, ia bukan soal membenci individu namun membenci perbuatan yang bertentangan dengan fitrah dan syariat.
Manakala Sinar Harian pula melaporkan bahawa Exco Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Kesihatan negeri itu iaitu Datuk Wan Sukairi Wan Abdullah berkara bahawa langkah pemasangan papan tanda yang melarang aktiviti tersebut kerana mahu mendidik rakyat agar perkara yang bertentangan dengan norma masyarakat dan nilai agama akan dijauhi.