live host tiktok macam pengulas sukan

Pada zaman yang serba digital kini, memang ramai yang menggunakan aplikasi TikTok untuk mempromosikan produk jualan mereka terutamanya dengan menggunakan siaran langsung di TikTok.

Dalam masa yang sama, bukan mudah untuk menarik pelanggan meskipun menerusi live di TikTok.

Namun, live host sebuah kilang cuci karpet di TikTok ini pula berjaya menarik perhatian ramai kerana dia membuat siaran langsung di platform media sosial itu dengan menggunakan gaya seperti pengulas perlawanan bola sepak.

Artikel berkaitan : Dapat Cromboloni Tak Sama Dengan Iklan, Jawapan ‘Seller’ Ni Buat Pelanggan Geram

Artikel berkaitan : Pembeli Kena ‘Sound’ Dengan Seller Gara-gara Guna Tanda Soal Berlebihan, Ada Yang ‘Backup’ Seller Sebab…

Dalam satu video siaran langsungnya yang sempat dirakam oleh pengguna TikTok yang kemudiannya dimuat naik semula di platform X, dapat dilihat bahawa hos TikTok kedai cuci karpet iaitu Ziyad Carpet Spa itu mengulas pergerakan dua orang pekerja yang sedang mencuci karpet pelanggan dengan gaya dan nada seperti pengulas sukan.

Dalam video yang berdurasi selama tiga minit itu, hos siaran langsung Ziyad Carpet Spa tersebut juga menyebut dua orang pekerja itu sebagai pemain.

@ziyadcarpetspa

#LIVEhighlights #TikTokLIVE #LIVE Tahniah Sabarudin dan Mustaqem.

♬ original sound – Ziyad Carpet – Spa – Ziyad Carpet – Spa

Meninjau ke ruangan komen akaun Ziyad Carpet itu, dapat dilihat bahawa ramai juga warganet yang terhibur dengan gaya live host tersebut yang seperti sedang mengulas sukan meskipun sedang mempromosikan kedai cuci karpetnya.

Sumber: TikTok @ziyadcarpetspa, X @jancoca

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.