ezlisa loy ally mukhriz baju pengantin

Kecoh di media sosial apabila timbul dakwaan baju pengantin yang dipakai Ezlisa Loy dalam majlis sandingnya dikatakan serupa dengan busana perkahwinan pempengaruh, Ally Mukhriz yang merupakan cucu kepada mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Kebetulan pula, Ally memuat naik semula foto hari persandingannya lima tahun lalu memakai busana tradisional rekaan pereka fesyen tersohor, Fiziwoo.

Melihatkan terdapat persamaan dalam rekaan busana masing-masing, netizen mula membuat perbandingan dan menuduh Ezlisa dan Samm Republic meniru busana perkahwinan Ally.

Isu ini semakin hangat apabila status yang dimuat naik Elfira Loy dan Fiziwoo mencuri perhatian ramai.

Artikel berkaitan: “Jualan kami meningkat” – Terpalit Isu Plagiat Rekaan Samping, El Azman Syukur Jualan Catat RM250 Juta

SnapInsta.to 516516034 18387983221188943 4984974499172841294 n

Sekadar mengimbau kenangan

Susulan ia menjadi bahan bualan netizen, Ally kemudian memaklumkan perkongsian foto terbabit hanyalah mahu mengimbas kembali momen indah semasa hari bahagianya dan bukan untuk membandingkan busana siapa yang lebih cantik.

Membalas komen seorang netizen, dia sama sekali tidak menyangka perkongsian tersebut telah mencetuskan isu dan menjadi perdebatan di media sosial.

“Saya langsung tak bitter. Dan betul apa yang awak katakan, saya memang ditag dan dihantar posting tersebut. Tetapi saya tidak bayangkan ia akan menjadi seperti ini.

“Kedua-dua pereka dan pengantin jelas mengambil inspirasi daripada rujukan yang serupa dan menghasilkan busana yang kami berdua suka. Saya hanya sekadar mengimbau kenangan sahaja!” ujarnya.

Dalam pada itu, Ally turut berdoa agar aktres tersebut dikurniakan kegembiraan sepanjang melayari bahtera perkahwinan.

“Saya doakan Ezlisa bahagia dalam fasa baharu kehidupannya.”

Screenshot 2025 07 10 130637

Difahamkan, Ezlisa ada berkongsi busana perkahwinannya adalah inspirasi busana asal iaitu daripada pereka fesyen antarabangsa yang berasal dari Filipina, Michael Cinco.

Tak perlulah buat perbandingan. Si pemakai pun chill sahaja.

Sumber: Instagram

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.