ft syasya rizal

Penyanyi Syasya Rizal kongsi pengalaman yamg dirinya pernah termakan daging babi secara tidak sengaja ketika bercuti di luar negara.

Katanya, pada ketika itu, dia fikir bahawa semua makanan di restoran itu adalah halal kerana mempunyai label di kedai tersebut.

Artikel berkaitan : Syasya Rizal Menangis Tonton MV Baru Dolla, Sepatutnya Nyanyi Berempat

Artikel berkaitan : Minat Animasi Doraemon, Syasya Tertarik Dengan Suami Sebab Wajah Ada Iras Dengan Nobita

“Itulah ingat label halal untuk semua makanan dekat situ. Rupa-rupanya specific untuk satu makanan saja. Pengajaran, selepas ini kena periksa betul-betul.”

Screenshot 2025 07 10 123020

Perkara itu didedahkan menerusi satu hantaran di TikTok yang memperlihatkan suaminya, Nasrullah Mohd Sapie bertanyakan cef di restoran itu tentang makanan mereka.

Kata suaminya, hanya daging di situ yang tidak halal dan meminta Syasya untuk tidak lagi menggunakan pinggan, sudu dan garfu yang digunakan sebelum ini.

Berikutan itu, bekas anggota kumpulan Dolla ini akui yang dia rasa trauma dan terputus seleranya untuk meneruskan makan di restoran tersebut.

Sumber : Gempak

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.