Pada Isnin lalu, berlaku satu kemalangan maut menyebabkan kematian enam ahli keluarga di Sungai Korok, Jitra, Kedah.
Bagaimanapun, anak sulung dari empat beradik itu iaitu Putri Qisya terselamat dari kemalangan itu kerana berada di rumah neneknya.
Terbaru, anak kepada Timbalan Perdana Menteri, Datuk Nurulhidayah Ahmad Zahid menziarahi Putri Qisya dan menerusi laman Instagram, Nurul memberi bayangan seperti mengambil kanak-kanak 12 tahun itu sebagai anak angkatnya.
Artikel berkaitan: Nurulhidayah Terkilan, Media Gelarkan Dirinya ‘Anak Zahid’
Artikel berkaitan: 3 Kes Kemalangan M*ut Yang Pernah Berlaku Di Sungai Korok Sebelum Ini
“Kenalkan anak baru saya, Putri Qisya. Alhamdulillah ALLAH permudahkan.
Thethe sayang Qisya, arwah mama Qisya nama Nurul Hidayah. Thethe baru Qisya, Nurulhidayah,” tulisnya di kapsyen.
Dalam pada itu, Nurul turut menitipkan ucapan agar kanak-kanak itu menjadi wanita solehah yang cemerlang, berjaya dan disegani.
Dalam kejadian pada Isnin lalu, Putri Qisya menjadi yatim piatu sekelip mata selepas ibu bapanya, Mohamad Azim Izat dan Nurul Hidayah Khadijah Razman Efendi, 31, ditemukan lemas di Sungai Korok, Jitra.
Turut lemas dalam kejadian kereta terbabas ke dalam sungai itu ialah empat anak mereka iaitu Putra Rayyan Nur Izzat, 9, Hawa Adriana Nur Izzat, 8, Annayla Humaira Nur Izzat, 7, dan Tuah Haydar, enam bulan.