syaz ft 2025 07 10T112333.044

Baru-baru ini, tular sebuah video memaparkan sebuah kereta peronda Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dilihat memandu secara melulu dan membahayakan.

Kejadian itu berlaku di Simpang Pulai, Perak pada 9 Julai, difahamkan anggota yang memandu kereta tersebut sudah digantung tugasnya.

Artikel berkaitan: JPJ Bongkar Senarai Syarikat Bas Ekspres & Pengendali Kenderaan Dengan Saman Tertinggi

Artikel berkaitan: JPJ Sita 101 Kenderaan Mewah, Termasuk Porsche Milik Selebriti Wanita

Ketua Pengarah JPJ, Datuk Aedy Fadly Ramli berkata anggota berkenaan memandu kenderaan jabatan dan memotong garisan berkembar dan pihaknya menerima aduan awam berhubung kejadian itu.

Menurutnya, pihaknya memandang serius perkara berkenaan dan tindakan tegas sudah diambil.

Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) menggantung tugas seorang anggotanya yang dirakam memandu secara melulu di Simpang Pulai, Perak, selepas video kejadian tular di media sosial hari ini.

Berita penuh: https://t.co/nrAlblr9nI pic.twitter.com/zDopk4HF6I

— Berita Harian (@bharianmy) July 9, 2025

“Tindakan tegas serta merta sudah dikeluarkan kepada anggota JPJ yang terbabit dengan pengeluaran notis saman kepada anggota yang memandu atas kesalahan memotong di garisan berkembar dan larangan memandu kenderaan jabatan.

Selain itu, arahan menggantung tugas serta menempatkan anggota yang terbabit ke jawatan kumpulan di Ibu Pejabat JPJ sehingga siasatan selesai,” katanya.

Difahamkan, pihak JPJ juga sudah mengambil langkah susulan dengan melaksanakan siasatan lanjut berkaitan kesalahan lain yang membabitkan anggota terbabit untuk tindakan seterusnya.

Katanya, JPJ tidak akan berkompromi dan akan mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana pengguna jalan raya termasuk anggota serta kakitangan JPJ yang melakukan kesalahan lalu lintas.

Sumber: Harian Metro

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.