Kisah berkaitan pengamalan ilmu sihir ini adalah sesuatu yang tidak asing lagi mereka yang tinggal di Malaysia ataupun di rantau Asia Tenggara seperti Thailand, Indonesia dan sebagainya.
Setiap dari negara-negara ini sudah pastinya mempunyai kisah tentang ilmu sihir yang diamalkan di negara masing-masing.
Namun satu perbincangan di X telah menarik minat ramai netizen di sana apabila ada seorang netizen dari Thailand mengaku yang mereka sebenarnya takut dengan ilmu hitam yang diamalkan oleh orang Melayu.
Orang Thai juga takut dengan ilmu hitam Melayu. Tahun lepas, ada perbincangan di Twitter (X) mengenai ilmu hitam di SEA (Asia Tenggara). Ramai yang cakap ilmu hitam dari Melayu dan Kemboja mempunyai sumpahan yang paling kuat,” tulisnya.
Artikel berkaitan: “Jumpa patung muka saya, dibalut kain kafan” – Ogy Ahmad Daud Dedah Pernah Jadi Mangsa Sihir
Artikel berkaitan: “Tolong sampaikan kepada dia dan keluarga” – Gambar Terpacak Atas Kubur Kerana Perbuatan Sihir
“Tapi kita anggap ilmu hitam Thai paling menakutkan”
Mungkin kerana sering dimomokkan dengan filem-filem seram dari Thailand, hantaran itu mendapat perhatian netizen di Malaysia yang meluahkan rasa pelik kerana kebanyakan dari orang Melayu pula sangat takut dengan sihir dari Thailand.
Menariknya, kebanyakan orang Melayu menganggap ilmu hitam Thai sebagai yang paling menakutkan. Tak sangka pula korang yang takut dengan ilmu sihir kami (sihir Melayu),” tulis salah seorang netizen.
Rata-rata netizen juga mengakui mereka agak ‘menggigil’ apabila melihat filem Thai seperti Long Khong dan sebagainya serta menganggap sihir Thai itu begitu menakutkan disebabkan filem-filem sebegitu.
Apa-apapun ilmu sihir ini adalah sesuatu yang dilarang oleh mana-mana agama sekalipun, tak kiralah di Thailand yang mengamalkan Buddha atau negara yang mengamalkan agama Kristian serta Hindu, bukan sahaja agama Islam.
Sebagai orang Islam, sebaiknya kita jauhilah ilmu sihir ini kerana ia satu perkara yang syirik dan berdosa besar jika kita menyekutukan Allah SWT.
Sumber: X
Sumber: X