Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kedah (JHEAIK) bakal pantau kawasan perkuburan 6 beranak yang maut dalam satu kemalangan di terusan Sungai Korok untuk pastikan bahawa tiada sebarang aktiviti berbentuk khurafat berlaku di situ.
Pengarahnya, Datuk Dr Abd Ghani@Zulkifli Zainuddin berkata pemantauan tersebut dilakukan berikutan dengan adanya aduan yang berkemungkinan wujudnya unsur mencurigakan di lokasi perkuburan terbabit.
Artikel berkaitan : Ambil Tanah Kubur: JHEAT Bakal Kenakan Hukuman Denda RM 5,000 Atau Penjara 3 Tahun
Artikel berkaitan : Menteri Agama Tegur Sikap Orang Awam Ambil Tanah Kubur Mangsa Nahas UPSI Untuk Tujuan ‘Berkat’
“Pentadbiran Pejabat Agama Daerah Kubang Pasu menerima aduan kemungkinan berlaku perkara yang mencurigakan di perkuburan itu.”
“Kita sudah menggerakkan anggota untuk memantau kawasan perkuburan, setakat ini kita belum memasang tali di tanah perkuburan enam beranak itu.”
Katanya, masyarakat diingatkan supaya tidak melakukan sebarang perbuatan khurafat yang bercanggah dengan agama dan akal rasional.
Malah, JHEAIK meminta masyarakat setempat dan pihak masjid memainkan peranan penting dalam membanteras unsur yang bertentangan syariat di kawasan perkuburan.
Sumber : Harian Metro