Kematian seorang pegawai polis daripada Bahagian Tatatertib dan Pengawasan (Bidang Propam) Polis Daerah (Polda) Nusa Tenggara Barat (NTB), Brigadier Muhammad Nurhadi, akhirnya terbongkar.
Menurut agensi, siasatan mendapati mangsa telah dibunuh oleh 2 orang pegawai atasan sendiri saat menghadiri satu pesta bertempat di sebuah vila di Gili Trawangan, Lombok Utara pada 16 April lalu.
Artikel berkaitan : Bekas Ratu Cantik Buat Laporan Polis, Dicab*l Sami Di Sebuah Kuil Di Sepang
Artikel berkaitan : Polis Giat Kesan Penunggang Basikal Halang Laluan Bas
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Polda NTB, Komisioner Besar Syarif Hidayat berkata, mangsa telah dipukul oleh Penolong Pesuruhjaya Polis (Kompol) I Made Yogi Purusa Utama dan Inspektor Haris Candra.
Jelasnya, kejadian tersebut berlaku selepas mangsa dikatakan cuba menggoda seorang wanita yang mempunyai hubungan rapat dengan salah seorang suspek.
“Berdasarkan keterangan saksi di lokasi kejadian, mangsa dilihat mendekati dan merayu wanita terbabit sebelum insiden berlaku.”
Pada awalnya, kematian mangsa yang dikenali sebagai Muhammad Nurhadi diklasifikasikan sebagai kes lemas, namun pihak keluarga mangsa telah meragui dengan keadaan fizikal jenazah yang mempunyai lebam dan kecederaan.
Disebabkan itu pihak berkuasa memutuskan untuk gali semula kubur mangsa dan melakukan bedah siasat kali kedua.
Hasil pemeriksaan forensik, ada kecederaan yang menunjukkan unsur kekerasan, selain ujian turut menemui kesan bahan psikotopik dalam tubuh badan mangsa.
Sejurus itu, sampel berkaitan dihantar ke Makmal Forensik Ibu Pejabat Polis Republik Indonesia (Mabes Polri) untuk analisis lanjut.
Dalam pada itu, susulan hasil keputusan siasatan berkenaan, 2 orang pegawai polis dan wanita terbabit telah ditahan serta disiasat mengikut Seksyen 351(3) Kanun Keseksaan Indonesia kerana menyebabkan kematian dan disiasat mengikut Seksyen 359 atas kecuaian yang mengakibatkan kematian.
Kedua-dua suspek yang juga merupakan pegawai polis itu turut diberhentikan kerja serta-merta daripada pasukan selepas prosiding tatatertib pada 27 Mei lalu.
Kes tragik tersebut telah menimbulkan kemarahan masyarakat dan mengundang perbandingan dengan kes berprofil tinggi membabitkan bekas Ketua Bahagian Tatatertib Polis Indonesia, Ferdy Sambo.
Sumber : Harian Metro