Perkarangan Kompleks Mahkamah Pasir Mas pagi ini sedikit kecoh dengan tangisan dan jeritan daripada ahli keluarga suspek kes dadah.
Ada dalam kalangan ahli keluarga dilihat menangis sambil memanggil-manggil nama suspek ketika mereka turun dari trak dalam keadaan bergari sebelum dibawa masuk ke lokap mahkamah.
Suspek yang merupakan pengusaha salun dan kedai makan bersama suami serta tiga lagi ahli keluarga berdepan pertuduhan mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 berhubung penemuan 35.4 kilogram (kg) pil kuda yang disorok dalam najis lembu.
Artikel berkaitan: Polis Dedah Ramai ‘Founder’ Produk Dan Pempengaruh Di Kelantan Terlibat Kegiatan Penggubahan Wang Haram & Pengedaran Dadah
Artikel berkaitan: Penyanyi, Eda Ezrin Perlu Tinggal Di Penjara Narathiwat Selama Sebulan Lagi
Terdahulu, media melaporkan taktik licik sindiket dadah terbabit yang menggunakan najis lembu untuk menyembunyikan dadah terbongkar selepas polis menjalankan enam serbuan di sekitar Pasir Mas dan Tumpat minggu lalu.
Menurut laporan, kegiatan itu terbongkar selepas polis menyerbu rumah pasangan berkenaan di Banggol Chicha dan menemul pil kuda seberat 112 gram.
Polis kemudian menyerbu kandang lembu di belakang sebuah lagi rumah pasangan suami isteri itu di Kampung Bukit Tunku sebelum menjumpai sebanyak 19.86 kg pil kuda yang disembunyikan di dalam timbunan tahi lembu
Jumlah keseluruhan dadah yang dirampas dianggarkan seberat 35.4 kg dengan nilai RM5.04 juta dan dipercayai untuk dijual kepada golongan pelajar.
Selain rampasan dadah, operasi yang dijalankan turut menyita aset berjumlah RM1.1 juta termasuk kereta Mustang Ecoboost 2.3, beg tangan berjenama dan barang kemas.
Sumber: Sinar Harian, Kosmo!