Gelagat spontan dan aksi comel pempengaruh cilik yang dikenali sebagai Abang Aji sering membuatkan netizen terhibur.
Bagaimanapun baru-baru ini, seorang jurulatih kecergasan Tareq Fit memberi teguran secara terbuka kepada bapa Abang Aji apabila dia meluahkan kebimbangan melihat keadaan fizikal kanak-kanak yang dikatakan tidak sihat untuk usianya.
Dalam video tersebut, Tareq menyuarakan kebimbangan terhadap saiz badan Abang Aji yang agak besar dan tidak sepadan dengan usianya. Teguran yang diberikan juga adalah dari sudut pandangannya sebagai seorang bapa.
Artikel berkaitan: “Jangan risaulah” – Bapa Bersuara Lepas Ditegur Doktor Bagi Anak Habiskan Semangkuk Gulai Kaki Ayam
Artikel berkaitan: “Dah ada patient 20 tahun diabetic type 2” – Doktor Luah Rasa Bimbang Kadar Kesihatan Orang Muda Kita
@tareqfit#fypmalaysia🇲🇾tiktok❤️ #fypmalaysia🇲🇾tiktokviral #fypmalaysia🇲🇾tiktokviralmalaysia
♬ original sound – TAREQ FIT – TAREQ FIT
Video makan hanya konten…
Teguran yang dibuat oleh jurulatih kecergasan itu juga mendapat sokongan dalam kalangan netizen yang turut risau akan kesihatan kanak-kanak tersebut.
Susulan itu, bapa Abang Aji iaitu Mohd Redzuan Zainol tampil menjelaskan bahawa setiap video yang dihasilkan hanyalah sekadar konten.
“Video yang dia makan itu hanya konten, diedit dan tak betul pun. Jangan percaya kepada video itu.
“Abang Aji itu berlakon dan tugasnya menghiburkan orang, kalau yang tak terhibur itu tak perlu tengok. Agak-agaklah ‘warga asing’ itu pun… nak buat konten ambillah video lain” katanya.
Saiz badan besar sebab minum susu
Tegas Redzuan, sebagai seorang bapa, dia menjalankan tanggungjawab untuk mengawal serta menjaga pemakanan Abang Aji.
“Orang yang paling dekat dengan Abang Aji adalah ayah dia, jadi ayahnya pantau semua pemakanan dia.
“Makanan-makanan yang Abang Aji makan sihat dan dia makan tak banyak pun.”
@wan.belida.1Sekian ulasan hari ini #bangaji
♬ bunyi asal – wan belida 1 – wan belida 1
Redzuan juga menafikan cara pemakanan Abang Aji seperti orang dewasa malah anaknya itu banyak bergantung kepada pengambilan susu.
Katanya, dia mengawal dan tidak membenarkan makanan tidak sihat seperti makanan proses dan jajan dalam rumah.
“Dia hanya makan sehari hanya dua kali sahaja. Badannya begitu adalah kerana susu, kalau dia berhenti minum susu, dia akan kurus,” jelasnya.
Apa pendapat korang mengenai penjelasan bapa Abang Aji?
Sumber: TikTok